Utusan Borneo (Sarawak)

SSM tawar 50-80 peratus diskaun ke atas kompaun dikenakan

-

PETALING JAYA: Suruhanjay­a Syarikat Malaysia ( SSM) akan menawarkan diskaun antara 50 peratus dan 80 peratus, mulai 1 September hingga 30 Disember, 2018, kepada syarikat yang mempunyai kompaun tertunggak.

MenteriPer­daganganDa­lam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, insentif itu diberikan sempena kempen SSM yang bertemakan, ‘ Comply With Companies Act, Show Interest, Love Your Companies’, bertujuan membantu syarikat menyelesai­kan kompaun mereka.

“Penguranga­n itu berdasarka­n kuantum yang berbeza bagi pembayaran pada bulan yang dibuat, iaitu 80 peratus pada September, 70 peratus pada Oktober, 60 peratus pada November dan 50 peratus pada Disember,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Kebangsaan SSM 2018 bertemakan, ‘Doing Business In The Age Of Disruption’ di sini semalam.

Beliau berkata, kempen itu akan dilaksanak­an di seluruh negara dan menggesa semua pihak yang berkaitan untuk mengambil peluang daripada tawaran diskaun itu.

SSM akan turut memperkena­lkan dua inisiatif, iaitu, Mekanisme Penyelamat Korporat dan Sistem Laporan Perniagaan Malaysia untuk mengukuhka­n lagi tadbir urus korporat di Malaysia.

Mengenai pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), Saifuddin berkata kementeria­n akan memberi sokongan penuh untuk memastikan semua rang undang-undang yang berkaitan diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Kita hanya boleh melaksanak­an Akta berkaitan SST yang baharu apabila undangunda­ng yang berkaitan itu diluluskan oleh kedua-dua badan perundanga­n tersebut.

“Selain itu, kami akan meningkatk­an usaha untuk menjaga kepentinga­n pengguna dan mengelak kenaikan harga barang secara berlebihan disebabkan pencatutan,” katanya.

Lebih 1,000 peserta terdiri daripada setiausaha syarikat, pengamal undang-undang, usahawan dan pihak berkepenti­ngan daripada sektor korporat Malaysia menghadiri persidanga­n selama dua hari itu yang menumpukan kepada perubahan landskap perniagaan dan impak daripada revolusi digital ke atas ekonomi dan globalisas­i. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Saifuddin (tengah), Timbalanny­a, Chong Chieng Jen (dua, kanan), Pengerusi Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Seri Jamil Salleh (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zaharah Abd Wahab Fenner (kiri) selepas Majlis Perasmian Persidanga­n Kebangsaan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia 2018 (SSMNC2018) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Saifuddin (tengah), Timbalanny­a, Chong Chieng Jen (dua, kanan), Pengerusi Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Seri Jamil Salleh (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zaharah Abd Wahab Fenner (kiri) selepas Majlis Perasmian Persidanga­n Kebangsaan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia 2018 (SSMNC2018) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia