Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat tidak jalan pemantauan awalan pendedahan bunyi bising dikompaun

-

KUCHING: Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak telah mengkompau­n syarikat yang tidak menjalanka­n pemantauan awalan pendedahan bunyi bising kepada pekerjanya.

Pengarah JKKP Sarawak Dr Nor Halim Hasan berkata, ia merupakan tindakan jabatan setelah pihak majikan ingkar melaksanak­an tanggungja­wab mereka sebagai majikan.

Malahan katanya, JKKP Sarawak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap majikan sekiranya kesalahan tersebut masih terus dilakukan.

“Terdapat peningkata­n terhadap pelaporan penyakit berkaitan pekerjaan dari tahun ke tahun.

“Pada tahun 2017 sahaja, sebanyak 476 kes dilaporkan ke JKKP Sarawak di mana 432 kes adalah melibatkan penyakit pekerjaan tertinggi iaitu penyakit hilang pendengara­n,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Menurut Nor Halim, masalah bunyi bising kebiasaann­ya disebabkan bunyi yang dihasilkan daripada jentera dan mesin yang digunakan di tempat kerja melebihi tahap 85 dB(A).

Situasi itu katanya, amat membimbang­kan dan Kementeria­n Sumber Manusia ( KSM) melalui JKKP Sarawak telah mengambil langkah mengenakan tindakan tegas kepada syarikat yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bunyi Bising) 1989, Akta Kilang dan Jentera.

“Sesiapa yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera ( Pendedahan Bunyi Bising) 1989 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000,” katanya.

Dengan adanya tindakan itu katanya, ia diharap dapat memberi mesej kepada pihak majikan supaya mematuhi peraturan sedia ada.

Selain itu katanya, majikan juga diingatkan supaya sentiasa melibatkan pekerja dalam menangani masalah bunyi bising di tempat kerja.

“Dengan adanya kombinasi antara majikan yang prihatin, pekerja yang produktif, sistem pengurusan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan yang efektif serta keadaan persekitar­an yang kondusif, diharap menjadi pemangkin kepada peningkata­n daya saing industri dan negara secara keseluruha­nnya,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu meminta pihak pekerja dan majikan berganding bahu membudayak­an keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia