Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar kelahiran pada 2018 dianggarka­n menurun

-

KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk Malaysia pada 2018 dianggarka­n mencapai 32.4 juta orang dengan peningkata­n 0.4 juta, lapor statistik Indikator Demografi Terpilih Malaysia 2018 yang dikeluarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia semalam.

Namun, Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidi berkata kadar kelahiran di negara ini dianggarka­n menurun dengan kelahiran kasar setiap 1,000 penduduk adalah 15.8 berbanding 2017 iaitu 16.1 manakala kadar kematian kasar setiap 1,000 penduduk pada 2018 dianggarka­n 5.1 kematian berbanding 5.2 kematian pada 2017.

“Kadar kesuburan jumlah bagi seorang wanita berumur 15 hingga 49 tahun pada 2018 dianggarka­n 1.9 anak namun penurunan bilangan kelahiran berlaku akibat kadar kesuburan jumlah di Malaysia berada di bawah paras penggantia­n 2.1 dengan purata bilangan bayi dilahirkan seorang wanita sepanjang tempoh kesuburann­ya tidak mencukupi untuk menggantik­an dirinya dan pasanganny­a.

“Penurunan kadar kesuburan jumlah ini juga merupakan salah satu faktor demografi yang menyumbang kepada penuaan penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Laporan tersebut juga mencatat jangka hayat bayi perempuan yang lahir pada 2018 boleh hidup 4.9 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki dengan purata jangka hayat bayi perempuan mencapai 77.6 tahun berbanding lelaki 72.7 tahun.

Bagi indikator jantina, jumlah golongan lelaki dianggarka­n terus meningkat kepada 14.69 juta, mengatasi jumlah wanita yang dianggarka­n 14.37 juta orang tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia