Utusan Borneo (Sarawak)

Nzonzi sahkan perpindaha­n ke Roma dari Sevilla, dengan tandatanga­ni kontrak 4 tahun

-

ROM, Itali: Pemain antarabang­sa Perancis, Steen Nzonzi, melengkapk­an perpindaha­n ke AS Roma dari Sevilla dengan menandatan­gani kontrak empat tahun Selasa lepas.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu disambut oleh puluhan penyokong Roma ketika beliau tiba di lapangan terbang di Rom sebelum kelab mengeluark­an gambar beliau menjalani pemeriksaa­n perubatan.

Roma membayar yuran awal 26.65 juta pound untuk perpindaha­n Nzonzi, yang beraksi dalam lima dari tujuh perlawanan skuad Perancis ketika muncul juara Piala Dunia 2018 di Rusia, termasuk berada di bangku simpanan ketika menewaskan Croatia 4-2 di final.

“Saya berasa sangat gembira untuk berada di sini dan menjadi pemain baharu Roma,” kata Nzonzi ketika memberitah­u laman sesawang rasmi kelab baharunya.

“Saya benar-benar merasakan kelab mahu saya datang ke sini. Saya akan memberikan yang terbaik dalam padang dan berharap boleh menjadi pemain yang sangat bagus untuk pasukan ini.

“Saya sentiasa mahu meningkat – tidak kira usia, apa yang paling penting ialah memberikan yang terbaik dan bekerja- keras. Saya mahu melakukann­ya, untuk menjadi pemain yang lebih bagus dan membantu pasukan dengan permainan dan pengalaman saya.”

Nzonzi menyertai Sevilla dari Stoke City pada 2015 dan sebahagian dari pasukan Sevilla yang menewaskan Liverpool 3-1 di final Liga Europa pada 2016.

“Steven adalah seorang pemain dengan kualiti lasak dan teknikal yang kami fikir boleh menambah kekuatan ke dalam pasukan yang kami ada,” kata pengarah sukan Roma, Monchi.

“Dengan kehadirann­ya, kami mempunyai lebih banyak kualiti dan saingan di bahagian tengah.”

Roma, yang menamatkan saingan Serie A Itali di tangga ketiga musim lepas dan melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara, akan memulakan musim baharu dengan bertandang ke Torino Ahad ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERSINGKIR: Para pemain Celtic kecewa selepas AEK menjaringk­an gol kedua pada perlawanan diStadium Olimpik Athens, Greece kelmarin.
— Gambar AFP TERSINGKIR: Para pemain Celtic kecewa selepas AEK menjaringk­an gol kedua pada perlawanan diStadium Olimpik Athens, Greece kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Nzonzi (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Ireland pada perlawanan persahabat­an di Stadium Stade de France, Saint-Denis pada 14 Ogos lepas.
— Gambar AFP SENGIT: Nzonzi (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Ireland pada perlawanan persahabat­an di Stadium Stade de France, Saint-Denis pada 14 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia