Utusan Borneo (Sarawak)

Kealpaan lewat permainan dihukum Skuad kendalian Ian gagal manfaatkan kelebihan satu gol, sentuhan penyudah menghampak­an

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kealpaan benteng pertahanan pada lewat permainan menjadi duri dalam daging skuad Sarawak apabila diikat Terengganu FC II, 1-1 dalam aksi Piala Cabaran 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya kelmarin.

Pemain import, Bruno Junichi Suzuki Castanheir­a menghukum kelekaan bek Sarawak pada minit ke-87 untuk memadam kelebihan satu gol tuan rumah hasil jaringan Dzulazlan Ibrahim pada babak pertama.

Sarawak tampil dengan corak permainan lebih meyakinkan di awal aksi dengan melancar beberapa gerakan berbahaya ke kubu skuad Penyu.

Minit ke-28, berpunca dari hantaran cantik Mateo Roskam membolehka­n Dzulazlan meledak gol pertama selepas berjaya menewaskan pejaga gawang Terengganu, Mohd Suhaimi Husin dalam situasi satu lawan satu.

Usaha skuad kendalian Ian Andrew Gillan untuk menambah koleksi jaringan bagaimanap­un tidak kesampaian dengan jentera serangan Sarawak banyak mensia-sia peluang terhidang hingga berakhir babak pertama.

Perlawanan terhenti kira-kira tiga puluh minit ekoran masalah lampu limpah Stadium Negeri.

Sebaik bersambung, Sarawak cuba menggandak­an asakan dalam usaha mencari jaringan tambahan namun tetap dihampakan oleh penyudah lemah.

Sebaliknya, Terengganu FC II yang dibimbing Tengku Hazman Raja Hassan mula bangkit melakukan asakan demi asakan ke atas gawang tuan rumah hingga membawa kepada gol jaringan Bruno pada lewat permainan.

“Kecewa kerana kita sepatutnya boleh memenangi perlawanan ini.

“Kita mengawal permainan sepenuhnya dan mempunyai banyak peluang namun gagal disempurna­kan dengan baik oleh barisan penyerang.

“Barisan pertahanan kita juga leka pada lewat permainan membolehka­n pelawat menjaringk­an gol penyamaan,” jelas Pengurus Pasukan, Awang Mahyan Awang Mohamed semalam.

S a r a w a k a k a n meneruskan kempen Piala Cabaran menentang Negeri Sembilan pada 28 Ogos ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

 ??  ?? DIKAWAL RAPI: Penyerang Sarawak Mateo Roskam (kanan) cuba melepaskan diri dari kawalan pertahanan Terengganu FC II dalam aksi Piala Cabaran di Stadium Negeri, Petra Jaya kelmarin.
DIKAWAL RAPI: Penyerang Sarawak Mateo Roskam (kanan) cuba melepaskan diri dari kawalan pertahanan Terengganu FC II dalam aksi Piala Cabaran di Stadium Negeri, Petra Jaya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia