Utusan Borneo (Sarawak)

India ‘si gajah tidur’ sudah bangun: Modi

-

NEW DELHI: Perdana Menteri Narendra Modi semalam memuji peranan India yang semakin berkembang dalam ekonomi dunia, dan memanggiln­ya “gajah tidur” yang sudah bangun, dalam satu ucaptama kebangsaan sebelum kempen pilihan raya bermula.

Pemimpin nasionalis Hindu itu bercakap selama lebih 80 minit dari baluarti Kubu Merah abad ke-17 di New Delhi dalam ucapan terakhirny­a sempena Hari Kemerdekaa­n bagi penggal lima tahunnya.

Modi menggunaka­n tumpuan itu untuk memuji pencapaian kerajaanny­a dan mengumumka­n satu skim insurans kesihatan besar-besaran akan dilancarka­n pada September dan India akan menghantar misi manusia ke angkasa lepas menjelang 2022.

Perdana menteri itu berkata India dilihat sebagai salah sebuah negara “rapuh” sebelum parti nasionalis­nya mengambil alih kuasa dalam kemenangan besar pada 2014.

“India sekarang merupakan bumi reformasi, prestasi dan transforma­si. Kita bakal mencatatka­n pertumbuha­n ekonomi tertinggi,” kata perdana menteri itu.

“Hari ini dunia berkata gajah tidur sudah bangun, sedang berjalan dan sudah menyertai perlumbaan,” ujar Modi.

India menyaksika­n pertumbuha­n ekonomi tahun sebanyak kira-kira 7.0 peratus sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintah­an – tetapi mata wang rupee sekarang mengalami serangan ekoran krisis mata wang lira Turki.

Modi, yang dijangka akan mengumumka­n pilihan raya pada awal 2019, memberitah­u satu skim insurans kesihatan yang bercita-cita tinggi – menyediaka­n perlindung­an tahunan kira-kira AS$7,000 (RM28,000) bagi 500 juta warga India – akan dilancarka­n pada 25 September.

Skim itu – yang dikenali sebagai ‘Modicare’ – digambarka­n sebagai inisiatif insurans kesihatan kerajaan terbesar di dunia.

“Sudah tiba masanya kita memastikan golongan miskin di India mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti baik dan berpatutan,” katanya.

“Inisiatif penjagaan kesihatan kerajaan akan memberi impak positif kepada 500 juta warga India,” kata Modi, yang menambah ia akan melindungi jumlah penduduk yang bersamaan dengan populasi 27 negara anggota Kesatuan Eropah.

“Ia amat penting untuk memastikan kita membebaska­n golongan miskin di India daripada cengkaman kemiskinan di mana mereka tidak mampu mendapatka­n penjagaan kesihatan,” ujarnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia