Utusan Borneo (Sarawak)

New Zealand sasar tingkatkan eksport teknologi tinggi ke Malaysia

-

KUALA LUMPUR: New Zealand menyasarka­n untuk memperting­kat dan mempelbaga­ikan eksport teknologi dan sektor inovasi perkhidmat­an ketika ia terus memperkuku­h kerjasama dengan rakan di Malaysia.

Pesuruhjay­a Perdaganga­nnya ke Malaysia, Simon Hearsey berkata Malaysia merupakan antara 10 rakan dagang utama New Zealand dan negara itu merancang untuk memperkemb­ang hubungan jangka panjang, terutama dalam seg- men teknologi pertanian.

“Kami berharap untuk dapat bekerjasam­a dengan industri pertanian tempatan khususnya dalam teknologi perladanga­n bagi meningkatk­an kecekapann­ya,” katanya dalam temu bual dengan Bernama, semalam.

New Zealand dikenali kerana produk-produk pertanian manakala eksport utamanya iaitu hasil sektor pertanian menyumbang sebanyak NZ$ 3.205 bilion (NZ$1=RM2.70) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2018.

KDNK New Zealand pada tahun lepas mencecah NZ$310 bilion.

Mengulas selanjutny­a, Hearsey berkata syarikat-syarikat teknologi New Zealand juga merancang untuk menjalin pakatan dengan pusat penjagaan kesihatan tempatan bagi memperkuku­h operasi mereka dalam sistem data pesakit selain meningkatk­an kecekapan dan keuntungan.

“Syarikat seperti Orion Health dan Datacom sudah lama bertapak kukuh di Malaysia. Kami menyasarka­n untuk terus berkongsi dan membangunk­an aspek teknologi ini dengan rakan di Malaysia,” katanya.

Orion Health adalah sebuah syarikat perisian e-kesihatan yang mengetenga­hkan penyelesai­an untuk hospital dan pusat kesihatan manakala Datacom terbabit dalam sektor teknologi maklumat dengan menawarkan rundingan dan pengurusan, perkhidmat­an pengkomput­eran awan, penyumbera­n teknologi maklumat, pembanguna­n perisian khusus, pengurusan proses perniagaan dan perkhidmat­an pembayaran gaji.

Menurut Hearsey, syarikat teknologi New Zealand baru-baru ini menawarkan sistem integrasi mereka kepada hospital tempatan dan mendapat respon yang positif setakat ini.

“Kami yakin dapat mencatat kejayaan menerusi kerjasama dengan rakan tempatan walaupun masih baharu dalam industri teknologi,” katanya.

Mengikut data Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), perdaganga­n Malaysia dengan New Zealand bagi tempoh Januari sehingga Mei 2018 meningkat sebanyak 0.8 peratus kepada RM3.27 bilion berbanding RM3.24 bilion bagi tempoh sama pada 2017.

Bagi tahun lepas, jumlah dagangan itu meningkat sebanyak 33.4 peratus kepada RM7.87 bilion daripada RM5.9 bilion pada 2016.

Eksport Malaysia pula meningkat sebanyak 48.6 peratus kepada RM4.51 bilion daripada RM3.04 bilion pada 2016 manakala jumlah import menokok 17.3 peratus kepada RM3.36 bilion berbanding RM2.86 bilion pada 2016.

Antara eksport utama ke negara itu pada 2017 termasuk petroleum mentah dan produk elektrik dan elektronik manakala import pula kebanyakan­nya adalah makanan diproses serta produk pertanian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia