Utusan Borneo (Sarawak)

Kes buli di sekolah membimbang­kan meskipun bilangan kes terus menurun

-

KUCHING: Kes buli di sekolah-sekolah di negeri ini membimbang­kan meskipun bilangan kes terus menunjukka­n penurunan.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus berkata, setakat Ogos tahun ini, hanya satu kes buli direkodkan melibatkan sekolah rendah dan 13 kes di sekolah menengah.

Bagaimanap­un katanya, jumlah kes buli yang direkodkan di bawah Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM) ini mungkin berbeza dengan kes yang direkodkan oleh pihak polis.

“Pada 2016, Sarawak merekodkan sebanyak 50 kes buli di sekolah rendah dan 60 kes di sekolah menengah.

“Jumlah kes ini menurun kepada 47 kes di sekolah rendah dan 42 kes di sekolah menengah pada 2017.

“Manakala tahun ini, setakat Ogos ini, jumlah kes buli terus menurun iaitu satu kes di sekolah rendah dan 13 kes di sekolah menengah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Wanita Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Pelancaran Kempen Anti-Buli di sebuah hotel di sini semalam yang turut dihadiri Presiden STU Jisin Nyud.

Bercakap mengenai kempen tersebut, Abang Mat Ali berkata, ia merupakan program penting untuk memberi kesedaran mengenai kes buli yang semakin membimbang­kan di sekolah- sekolah.

“Isu buli merupakan agenda utama disiplin murid dan dibincangk­an dalam program dialog empat kali setahun di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan peringkat sekolah-sekolah.

“Meskipun kes buli terus menunjukka­n penurunan tetapi sasaran kita adalah untuk membasmi sepenuhnya kes buli kepada sifar,” katanya.

Sehubungan itu, Abang Mat Ali berharap para peserta akan memanfaatk­an sebaiknya ilmu yang dipelajari daripada seminar dan kempen tersebut serta dikongsika­n dengan rakan-rakan guru di sekolah masing-masing.

Beliau juga berharap kempen ini akan dapat membantu mengurangk­an kes buli di sekolah dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat untuk anak-anak pelajar.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? LANCAR: Abang Mat Ali (tiga kanan) melancarka­n Kempen Anti-Buli dan Seminar Wanita STU di Kuching semalam. Turut kelihatan Jisin (empat kanan).
— Gambar Muhammad Rais Sanusi LANCAR: Abang Mat Ali (tiga kanan) melancarka­n Kempen Anti-Buli dan Seminar Wanita STU di Kuching semalam. Turut kelihatan Jisin (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia