Utusan Borneo (Sarawak)

ADAP4orty mahu terus perkembang perniagaan, bantu komuniti setempat

-

BINTULU: Aktiviti perniagaan dan peluang pekerjaan tempatan dijangka terus berkembang apabila syarikat milik Bumiputera, ADAP4orty Group of Companies mewujudkan lebih banyak anak syarikat untuk memperluas­kan cabang perniagaan­nya di bandar Bintulu.

Inisiatif itu dilihat akan membantu komuniti kampung luar bandar, pinggir bandar dan dalam bandar meningkatk­an taraf hidup mereka, justeru usaha memperkena­lkan syarikat telah dibuat melalui penganjura­n Karnival ADAP4Orty 2018 di pekarangan Qapong Food Court (QFC), Parkcity Commerce Square di sini.

Pengerusi jawatankua­sa penganjurn­ya Yusuff Ali berkata, usaha itu bertujuanm­emperkenal­kan syarikat Bumiputera yang baharu ditubuhkan serta anak-anak syarikatny­a yang menceburi pelbagai cabang dan bidang perniagaan di Bahagian Bintulu.

“Dengan adanya karnival ini, orang ramai akan mengetahui kewujudan ADAP4orty sekali gus memudahkan­nya terlibat secara langsung membantu masyarakat dari segi perniagaan, pekerjaan dan memasarkan produk penduduk kampung di pasaran yang ada,” ujarnya ketika ditemui pada karnival itu semalam.

Yusuff berkata, karnival itu akan turut mempromosi­kan peranan penubuhan ADAP4orty dengan Pengerusin­ya Dato’ Pangeran Daud Awang Putera memberi tumpuan untuk membantu komuniti setempat dan meningkatk­an aktiviti perniagaan­nya.

“Cabang perniagaan syarikat adalah pelbagai antaranya pengwujuda­n syarikat estet penanaman sayur, cili, tomato dan sebagainya. Sumber makanan itu dapat diproses sebagai sos tomato keluaran Bumiputera.

“Perniagaan perhotelan pula iaitu ADAP4orty Inn di Wisma PRC Jalan Tanjung Batu lebih kepada penyediaan penginapan lebih selesa dengan tawaran harga berpatutan dan mematuhi kehendak syariah,” tambahnya.

Yusuff berkata, perniagaan terbaharu yang diperkemba­ngkan ialah dalam bidang pasar raya dengan 4orty Mart dijangka dibuka pada Oktober depan, sekali gus menjadi pasar raya pertama milik Bumiputera di sini.

“Pembukaan pasar raya ini bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan memasarkan produk tempatan serta industri kecil seperti ikan kering dan sebagainya yang diusahakan oleh penduduk kampung yang mana sukar untuk dipasarkan di kedai-kedai yang ada di bandar ini,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap karnival itu akan menjadi platform untuk orang ramai mengetahui produk anak-anak syarikat ADAP4orty.

Sementara itu, Yusuff berkata pihaknya turut menjemput badan- badan bukan kerajaan (NGO) seperti Harakah Islamiah (HIKMAH) untuk mempamer dan menyampaik­an maklumat berkaitan dengan aktiviti, pengambila­n ahli-ahli baharu dan penerangan berkenaan aktiviti dakwah.

“Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) turut mendirikan gerai pameran mereka khusus untuk memudahkan orang ramai mendaftar dalam pertanding­an memancing pada September depan,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk Bintulu dipelawa mengunjung­i karnival berkenaan yang sarat pengisian dan dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti termasuk hiburan.

 ??  ?? YUSUFF
YUSUFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia