Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan OKU tidak wajar disisih dan dipandang rendah

Program ‘Sehari Ku Simpul Kasih OKU’ di Kampung Betanak pupuk kesedaran masyarakat agar prihatin terhadap OKU

- Oleh Saibi Gi

PULAU BRUIT: Golongan orang kelainan upaya (OKU) tidak wajar disisih dan dipandang rendah oleh masyarakat, sebaliknya perlu diberi bimbingan dan dicurah kasih sayang.

Justeru, Program Sehari Ku Simpul Kasih OKU diadakan di Kampung Betanak di sini semalam dengan tujuan agar golongan itu bergaul dengan masyarakat normal menerusi beberapa aktiviti.

Interaksi dengan masyarakat menerusi program anjuran Kelab Bola Sepak Betanak secara tidak langsung dapat menyedarka­n masyarakat betapa penting kepedulian dan pembanguna­n di kalangan OKU.

Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab yang merasmikan­nya berkata, program seumpama ini berupaya membuka mata masyarakat agar lebih mengambil berat terhadap insan istimewa.

“Mereka seperti insan biasa yang memerlukan perhatian dan bimbingan serta kasih sayang daripada kita semua,” katanya.

Beliau berharap agar lebih ramai individu, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta memberi sumbangan dan bantuan kepada OKU.

Sumbangan bagi program itu daripada Yusuf ialah RM3,000 bagi penganjura­n, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Semop Abdullah Saidol RM4,800 yang merangkumi RM3,000 bagi penganjura­n dan RM1,800 derma kepada 36 OKU.

Pengerusi penganjur, Sebuti Juni berkata beliau berharap agar program itu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih prihatin serta lebih sensitif kepada OKU.

Malah katanya, program seumpama itu berperanan mendidik masyarakat setempat dalam membantu OKU bukan sahaja kewangan tetapi dari aspek memohon bantuan daripada agensi-agensi berkaitan.

“Kita tidak boleh bekerja sendirian, semua pihak perlu menyumbang kepada program seperti ini.

“Penglibata­n YB ADUN dan YB Ahli Parlimen sangat penting dari segi dana dan pandangan,” ujarnya yang turut memberi sumbangan kepada golongan istimewa ini.

Ketua Parti Pesaka Bumi- putera Bersatu (PBB) Ranting Betanak Azmi Mahji berkata, keprihatin­an masyarakat amat dituntut dalam menyumbang apa jua bentuk bantuan, tidak semestinya kewangan tetapi juga sokongan moral.

“Program ini memberi makna dan memberi kesan kepada masyarakat betapa pentingnya kesedaran dan keprihatin­an kita terhadap OKU.

“Saya berpendapa­t program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua SABERKAS Unit Betanak Mohd Arif Sahari berkata program ini membolehka­n para belia didedahkan dengan cara penganjura­n sesuatu acara.

“Ini menjadi landasan kepada belia untuk menunjukka­n komitmen terhadap program pembanguna­n insan, penyatuan dan kerjasama dengan warga kampung,” jelasnya.

Program itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Insan Istimewa Daro dan Matu, SABERKAS Semop, pemimpin dan penduduk kampung.

Seramai 450 tetamu hadir pada majlis yang terdiri daripada penduduk Betanak dan kampung-kampung berdekatan sekitar Pulau Bruit dan Daro.

Program itu dimeriahka­n dengan acara senamrobik, taklimat, ceramah agama dan motivasi, sukaneka, cabutan bertuah dan pentas hiburan menampilka­n Sarikei Buskers dan Etana Buskers.

Mereka seperti insan biasa yang memerlukan perhatian dan bimbingan serta kasing sayang daripada kita semua. Yusuf Abd Wahab Ahli Parlimen Tanjong Manis

 ??  ?? PRIHATIN: Yusuf (tengah) bersama golongan OKU dan hadirin pada Program ‘Sehari Ku Simpul Kasih OKU’ yang diadakan di Kampung Betanak, semalam.
PRIHATIN: Yusuf (tengah) bersama golongan OKU dan hadirin pada Program ‘Sehari Ku Simpul Kasih OKU’ yang diadakan di Kampung Betanak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia