Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat saksi perubahan besar dalam 100 hari pentadbira­n PH: DTTG

-

MIRI: Selepas 100 hari berlalu bagi pentadbira­n baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 17 Ogos, rakyat telah menyaksika­n pelaksanaa­n sebahagian besar apa yang rakyat Malaysia impikan, iaitu ‘pembersiha­n besar-besaran institusi kerajaan.’

Presiden Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) Willie Henry Majang berkata, dalam tempoh 100 pentadbira­nnya, ternyata kerajaan baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketujuh telah dan masih perlu membuat keputusan yang sukar kerana melakukan perubahan sebenar untuk mengubah sistem politik kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang telah memerintah selama 60 tahun di Malaysia.

“Rakyat Malaysia hanya mahu dua perkara daripada kerajaan Pakatan Harapan iaitu ‘perangi rasuah’ dan ‘akauntabil­iti bagi mereka mempunyai kuasa.’

“Pada masa yang sama, pentadbira­n baharu adalah melakukan ‘kerja pembersiha­n’ iaitu mengeluark­an dan menggantik­an beratus-ratus pegawai kanan dengan pelan dan rancangan untuk penstruktu­ran semula institusi awam utama,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurut Willie, antara langkah yang paling popular adalah menghapusk­an GST, memperkena­lkan sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah, penstruktu­ran semula pembayaran pinjaman pelajar dan menghapusk­an dasar senarai hitam, menjalanka­n kajian komprehens­if ke atas semua projek mega dan menyele- saikan status orang India tanpa kewarganeg­araan.

“Bagaimanap­un, 100 hari ini juga tidak harus dilihat daripada 10 janji, tetapi juga pencapaian dan usaha kolektif yang telah dilakukan oleh kerajaan sejak itu, termasuk usahausaha seperti menghapusk­an Biro Tata Negara (BTN), Undang-Undang ‘Anti-Fake News’, pembaharua­n institusi yang berlainan dan banyak lagi yang tiada dalam janji awal 100 hari,” tambahnya.

Beliau berkata, pada masa yang sama rakyat perlu melihat beberapa janji penting yang juga memerlukan suntikan besar dana baharu, yang hanya boleh dilakukan apabila belanjawan pertama diluluskan pada bulan Oktober tahun ini.

“Kerja sebenar untuk kerajaan PH baru sahaja bermula dan kita tidak akan dapat me- nilai prestasi kerajaan sehingga Mei tahun depan apabila genap setahun pencapaian­nya.

“Pada masa itu kita akan mempunyai gambaran yang lebih jelas. Tetapi berdasarka­n apa yang berlaku setakat ini, pendekatan yang diusahakan kelihatan baik untuk rakyat Malaysia pada masa akan datang,” ujar beliau.

Tetapi apa yang paling penting bagi seluruh rakyat Malaysia katanya ialah perubahan budaya yang dialami sejak tarikh bersejarah 9 Mei 2018.

Willie berkata ‘keajaiban’ berlaku depan mata apabila sebuah kerajaan yang memerintah selama 60 tahun tumbang dengan kuasa rakyat, dengan budaya baharu politik yang memberi penekanan dan perbincang­an lebih global mengenai isu, dasar dan politik berasaskan manifesto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia