Utusan Borneo (Sarawak)

Infrastruk­tur tidak lengkap di jeti bukan punca harga ikan mahal

-

LUMUT: Infrastruk­tur tidak lengkap di tempat pendaratan ikan bukan punca utama harga ikan melambung naik di Terengganu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Raja Kahalid Raja Ariffin berkata kenaikan harga bahan mentah itu disebabkan faktor cuaca dan juga musim yang tidak dijangka.

“Sebenarnya, isu infrastruk­tur ini tiada kaitan cuma faktor musim yang susah dijangka terutamany­a melibatkan ka- wasan pantai timur yang mempunyai musim tertentu.

“Apabila musim tangkapan banyak harganya murah, namun apabila tiba musim tangkapan berkuranga­n harga akan meningkat dan itu kezalimann­ya akan menjadi isu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Program Jalinan Kasih LKIM dan Pasukan Simpanan Sukarelawa­n Tentera Laut Diraja Malaysia KD Sri Manjung bersama komuniti nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Manjung Selatan di sini, semalam.

TRaja Kahalid mengulas isu harga ikan mahal di Terengganu berikutan kesukaran bot berlabuh kerana masalah muara cetek dan kemudahan infrastruk­tur tidak lengkap di jeti pelabuhan sehingga menyebabka­n nelayan lebih selesa mendaratka­n hasil laut di Kuantan dan Tok Bali.

Sementara itu, Raja Kahalid berkata kerjasama antara LKIM dan TLDM penting supaya tidak berlaku penceroboh­an di perairan negara yang turut berkait dengan kekurangan sumber hasil laut.

Beliau berkata sebagai agensi yang bertanggun­gjawab menyediaka­n prasarana untuk pendaratan ikan, pihaknya sentiasa memberi tumpuan perkara berkenaan bagi menjamin kebajikan nelayan.

Katanya bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan juga, insiatif melalui ikan sejuk beku Q’Fish yang dilaksanak­an dapat memberi alternatif kepada rakyat untuk mendapatka­n bekalan ikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia