Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan benar pihak ketiga guna akaun bank untuk elak jadi mangsa jenayah

-

TAIPING: Orang ramai dinasihatk­an supaya tidak membenarka­n akaun bank mereka digunakan oleh pihak lain terutama sindiket tertentu untuk memasukkan wang dan mengeluark­annya atas arahan pihak ketiga.

Penolong Gabenor Bank Negara Abu Hassan Alshari Yahaya berkata langkah itu penting bagi mengelak akaun mereka digunakan untuk tujuan jenayah termasuk berkaitan dadah.

“Biasanya penjenayah akan memberikan sedikit imbuhan kepada pemilik akaun yang mungkin mereka tidak sedar akaun mereka telah digunakan oleh penjenayah.

“Terdapat lebih 4,000 kes akaun keldai dadah yang disiasat polis tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kewangan di sini semalam.

Abu Hassan berkata pihaknya tidak mahu membawa pemilik akaun ke muka pengadilan hanya kerana mereka menerima upah sedikit hasil perbuatan jenayah pihak ketiga.

Ditanya mengenai duit palsu, beliau berkata penyebaran duit palsu di negara ini adalah dalam jumlah yang kecil.

“Kita perlu berwaspada dan tidak terpedaya terutama di kawasan sibuk dan pada waktu malam kerana penglihata­n kurang jelas,” katanya sambil menambah wang kertas ringgit mempunyai pelbagai ciri keselamata­n untuk elak dipalsukan.

Karnival Kewangan selama tiga hari yang bermula Jumaat lalu bertemakan ‘Utamakan Keperluan Kewangan Anda’ bertujuan mendidik orang ramai mengenai hal- hal kewangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia