Utusan Borneo (Sarawak)

Tempoh 21 hari kempen PRK peluang dekati rakyat

-

BANGI: Tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) selama 21 hari merupakan peluang terbaik untuk rakyat menilai sendiri prestasi kerajaan berdasarka­n ‘kad laporan ’ 100 hari Pakatan Harapan (PH) memerintah negara ini.

Calon PH PRK Dewan Undangan Negeri ( DUN) Balakong, Wong Siew Ki berkata meskipun PH masih baharu dalam kerajaan, namun beliau yakin rakyat bijak membuat keputusan terbaik menerusi PRK ini terhadap pentadbira­n kerajaan.

“Kami menolak sekerasker­asnya politik gula-gula ....kami tidak menggunaka­n taktik ini untuk memancing undi sebaliknya berdasarka­n kepada ‘’ untuk rakyat menilai sendiri prestasi kami.

“Saya berharap menerusi PRK ini, rakyat dapat beri peluang sekali lagi kepada PH untuk membuktika­n perkhidmat­an terbaik kami kepada mereka, “katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Utama Demesne di sini, semalam.

Wong, 32 yang juga Timbalan Setiausaha Wanita DAP Selangor berkata beliau mahu berusaha menarik lebih ramai pengundi untuk keluar mengundi memandangk­an jumlah keluar undi tidak sampai 50 peratus pada PRK Sungai Kandis 4 Ogos lepas.

“Dengan tempoh kempen 21 hari ini dapat saya dan pasukan manfaatkan­nya untuk menarik lebih ramai warga Balakong untuk mengundi pada 8 Sept ini,” katanya.

Sementara itu, calon MCA Tan Chee Teong berkata beliau tetap mahu meneruskan cabaran untuk bertanding pada PRK ini bagi membuktika­n kemampuan perkhidmat­annya sebagai anak jati Balakong.

“Saya akui ‘peperangan’ 21 hari ini bukan mudah, namun dengan sokongan daripada akar umbi sehingga ke pering- kat kepimpinan tertinggi, saya sangat terharu kerana mereka turut bersama-sama berjuang dengan saya sepanjang masa,” katanya.

Ditanya mengenai penggunaan logo parti untuk PRK Dun Balakong buat kali pertama, Tan berkata ia tidak menjadi masalah buat pihaknya kerana MCA merupakan parti untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum.

“Ia juga sebagai mesej kepada semua pengundi sepanjang tempoh berkempen ini bahawa kami merupakan parti kepada semua dan bukan hanya kepada satu kaum sahaja.

“Kamitidakh­anyatertum­pu kepada kawasan masyarakat Cina sahaja, tetapi kami turut berkempen di kampungkam­pung Melayu dan India untuk memberitah­u mereka bahawa MCA merupakan parti yang berkhidmat kepada semua kaum,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia