Utusan Borneo (Sarawak)

Reims cengkam singgahsan­a Ligue 1 melalui dua kemenangan

-

Pemain Al Ahly meraikan gol jaringan pasukan mereka ketika menentang Esperance Sportive dalam aksi perlawanan Liga Juara-Juara CAF di Stadium Rades Olympic di Tunisia. REIMS: Reims yang baharu naik ke liga utama menduduki tempat teratas Ligue 1 Perancis kelmarin apabila mereka mengejutka­n Lyon 1-0 untuk mencatatka­n kemenangan kedua berturuttu­rut.

Gol tunggal perlawanan dijaringka­n oleh penyerang Argentina Pablo Chavarria selepas 32 minit.

Ia memadai untuk tiga mata selepas Reims membuka kempen mereka pada hujung minggu lepas dengan kemenangan 1- 0 ke atas kelab Nice yang dibimbing oleh Patrick Vieira.

“Ia adalah satu permulaan impian,” kata penjaga gol Reims, Edouard Mendy.

“Kami bekerja sepanjang musim lepas untuk sampai ke sini dan memandangk­an kami kini sudah berada di sini, kami mahu menunjukka­n apa yang kami dapat buat.

“Selepas dua perlawanan menentang Nice dan Lyon, tidak ramai orang menjangkak­an kami akan mengutip enam mata.

“Sejak kecil, saya menaruh impian untuk bermain dalam liga elit. Hari ini adalah ganjaran yang hebat, tetapi kami tahu ia pasti kerja yang mencabar untuk meneruskan­nya setiap hujung minggu.” Apabila Chavarria m e m b u k a jaringan dengan t a n d u k a n bola dari h a n t a r a n lintang Ghislain Konan sejurus selepas setengah jam, Reims kemudian bertahan beramai- ramai sama seperti apa yang mereka buat pada minggu lepas di Nice.

Lyon ada peluang untuk merampas satu mata pada hujung perlawanan tetapi kapten Marcelo menanduk bola yang tersasar jauh daripada tendangan percuma Memphis Depay manakala cubaan Bertrand Traore berjaya disekat.

“Kami terperangk­ap,” kata pemain tengah Lyon, Lucas Tousart. “Mereka bertahan dengan baik dan kami tidak tahu bagaimana untuk

m e n c a r i j a l a n m e n e r u s i p e r t a h a n a n mereka.” — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Reims dan Lyon di Stadium Auguste Delaune di Reims. GOL TUNGGAL KEMENANGAN: Chavarria meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP — Gambar AFP PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Reims dan Lyon di Stadium Auguste Delaune di Reims. GOL TUNGGAL KEMENANGAN: Chavarria meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut.
 ??  ?? RAIKAN BERSAMA:
RAIKAN BERSAMA:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia