Utusan Borneo (Sarawak)

Bolt serius mengenai karier bola sepaknya

Atlet Jamaica itu tiba di Australia untuk menjalani percubaan bersama kelab Liga A

-

SYDNEY: Usain Bolt berkata dia amat serius sekali mengenai hasratnya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesiona­l dan merancang untuk menunjukka­n keupayaann­ya kepada dunia selepas dia tiba di Australia semalam untuk menjalani percubaan bersama sebuah kelab Liga A.

Atlet bintang itu telah diberi peluang untuk membuktika­n nilainya oleh kelab Central Coast Mariners, yang bersetuju untuk membenarkn­ya berlatih bersama pasukan sampai bila-bila masa dalam usahanyan untuk mengikat kontrak sebagai pemain.

Mereka berharap untuk sempat mengubahny­a menjadi bahan Liga A bagi permulaan musim 2018/19 pada hujung Oktober.

Bolt, yang memakai skarf Mariners, disambut oleh skrum media di lapangan terbang Sydney dan berkata dia akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat.

“Saya sentiasa meletakkan kaki terbaik saya di hadapan dan saya akan menunjukka­n kepada dunia siapa diri saya,” katanya.

“Ini adalah benar,” ujar atlet berusia 31 tahun itu ketika ditanya sama ada ia hanya satu gimik sahaja.

“Saya telah menyatakan sejak musim balapan dan padang terakhir saya bahawa saya mahu bermain bola sepak dan saya tahu apa yang saya dapat buat.

Saya sentiasa meletakkan kaki terbaik saya di hadapan dan saya akan menunjukka­n kepada dunia siapa diri saya. Usain Bolt Atlet Jamaica

“Saya bersyukur kepada Mariners kerana memberi peluang kepada saya dan gembira untuk memanggil Australia sebagai tempat tinggal saya buat masa sekarang.”

Bolt sudah mencuba nasib bersama pasukan di Jerman, Norway dan Afrika Selatan, tetapi sia-sia sahaja, sejak dia bersara dari sukan olahaga pada tahun lepas.

Walaupun dia adalah juara lapan kali Olimpik dan lelaki terpantas di Bumi, dia mengakui dia gelisah mengenai apa yang berada di hadapan di bandar kecil Gosford, 75 kilometer ke utara Sydney, di mana kelab itu berpangkal­an.

“Rasa gemuruh akan sentiasa ada, tetapi saya lebih teruja berbanding perkara lain,” kata warga Jamaica itu, yang akan menyertai sesi latihan pertamanya pada Selasa ini.

Ketua eksekutif Mariners, Shaun Mielekamp, menjelaska­n Bolt tidak akan menerima sebarang layanan istimewa, tetapi pengawal keselamata­n tambahan akan disediakan dan sesi latihan kelab dipindahka­n ke tempat yang lebih besar untuk me- nampung ramai peminat yang dijangka akan muncul untuk melihat Bolt.

“Satu perkara di mana kami amat tegas ialah Usain, sementara menjalani percubaan bagi kontrak, akan dilayan sama seperti mana-mana pemain,” kata Mielekamp pada minggu ini.

“Sudah tentulah kami memahami realiti mempunyai sesorang dengan profailnya. Tetapi (dari segi bola sepak), kelebihan tidak ada.

“Dan itulahapa yang diinginkan oleh Bolt – ini adalah mengenai perjalanan­nya dalam sukan bola sepak. Dia datang ke sini atas sebab-sebab yang betul.”

Bolt mendominas­i acara pecut sejak dia memenangi dua pingat emas individu di Olimpik Beijing pada 2008. Dia seterusnya memenangi enam lagi pingat Olimpik dan memperoleh­i 11 kejuaraan dunia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TARIKAN UMUM: Bolt dikerumuni peminat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sydney di Australia.
— Gambar AFP TARIKAN UMUM: Bolt dikerumuni peminat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sydney di Australia.
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia