Utusan Borneo (Sarawak)

Perdasama lancar laman jual beli secara dalam talian

-

IPOH: Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) kelmarin melakar satu lagi kejayaan dengan melancarka­n laman jual beli secara dalam talian dikenali sebagai Pedamall.my selaras dengan trend semasa rakyat membeli-belah.

Pedamall.my yang merupakan inisiatif Koperasi Usahawan Bumiputera (KUBB) Perdasama negeri Perak itu boleh digunakan mulai kelmarin dan ia menjual pelbagai jenis barangan, termasuk makanan, tekstil, kraf tangan serta produk ‘pre loved’.

Yang Dipertua Perdasama Perak, Suhaida Mohd Hashim berkata, usaha mewujudkan Pedamall itu juga bertujuan membantu usahawan Bumi- putera untuk memasarkan produk mereka dengan lebih meluas.

“Sekarang banyak perniagaan dijalankan secara dalam talian atau alam maya. Semua produk usahawan Perdasama ada dijual dalam Pedamall.my ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pedamall. my oleh Exco Kesejahter­aan Sosial, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Wong May Ing di sini, kelmarin.

Suhaida yang juga Pengerusi Perusahaan Kecil dan Sederhana Perdasama Nasional berkata, ketika ini terdapat 50 akaun proniaga telah didaftarka­n dalam Pedamall.my dan pihaknya menyasarka­n sehingga 5,000 akaun setiap bulan untuk tempoh dua hingga lima tahun akan datang.

“Kita juga sasarkan sejuta pelawat setiap bulan dan yakin ini mampu dicapai kerana akses Pedamall.my adalah di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Elsekutif Perdasama, Datuk Naim Mohamad berkata, inisiatif KUBB Perdasama Perak itu membolehka­n orang ramai membeli pelbagai barangan usahawan Bumiputera dengan mudah.

Wong pula berkata, pengenalan Pedamall.my dapat membantu usahawan, khususnya wanita melebarkan rangkaian jualan produk masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia