Utusan Borneo (Sarawak)

Ceramah awam di Pustaka Negeri Sarawak 28 Ogos

-

KUCHING: Ceramah awam bertajuk ‘Poverty Amidst High Economic Growth in Sarawak’ akan diadakan pada 28 Ogos ini dari jam 3 petang hingga 5 petang bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.

Ceramah ini adalah anjuran bersama oleh Pustaka Negeri Sarawak dan Institute of Management Sarawak (MASA).

Menurut kenyataan medianya semalam, Dr Madeline Berma merupakan seorang penganalis­is ekonomi bebas.

Sebelum bersara, beliau berkhidmat selama 32 tahun sebagai Profesor Madya School of Economics, Faculty of Economics and Business di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr Madeline, yang berasal dari Sarawak adalah lulusan daripada Universiti Hull, England.

Beliau juga merupakan lulusan daripada jurusan Dasar dan Pentadbira­n Awam, di University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat dan turut menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau mempunyai kepakaran dalam Kajian Pembanguna­n dengan menghasilk­an banyak kajian dalam pembanguna­n pedalaman, pembanguna­n ekonomi peribumi dan penglibata­n wanita dalam pembanguna­n.

Malahan, beliau turut menyumbang kepada banyak perancanga­n perindustr­ian serta mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.

Penyelidik­an Dr Madeline lebih menjurus kepada isu kemiskinan, adat masyarakat Sarawak dan Sabah, aktiviti pertanian berskala kecil dan penyelidik­an dalam pembanguna­n luar bandar.

Sehubungan itu, topik beliau untuk ceramah kali ini akan membincang­kan hubung kait kemiskinan dan pembanguna­n di Sarawak.

Orang ramai dialu-alukan untuk menghadiri ceramah ini dan pendaftara­n adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut dan mengesahka­n kehadiran, sila hubungi Dr Intan Morshidi menerusi talian 019-818 8777 atau Teresa Tay (019-838 0687) atau e-mel kepada trisalis@ gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia