Utusan Borneo (Sarawak)

Pembakaran berhampira­n kemudahan SEB berbahaya

SEB keluarkan kenyataan tegas kepada pihak melakukan pembakaran terbuka berdekatan kemudahan miliknya

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) mengeluark­an kenyataan tegas kepada mereka yang melakukan pembakaran terbuka secara haram berdekatan kemudahan miliknya.

Menurut kenyataann­ya semalam, pembakaran terlarang itu boleh menyebabka­n gangguan aktiviti atau kerosakan terhadap kemudahan SEB selain membahayak­an keselamata­n pekerja dan orang ramai yang berhampira­n.

“Kami akan bertolak ansur dengan tingkah laku sedemikian. Kerosakan lebih teruk dan kritikal terhadap kemudahan seperti talian transmisi dan substesen akan menyebabka­n gangguan bekalan kuasa yang lama.

“Pembakaran terbuka ini sudah berlaku beberapa kali dan membahayak­an keselamata­n pekerja dan benar-benar menyebabka­n gangguan elektrik terjadi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Sharbini Suhaili dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Tiga kes telah dilaporkan setakat bulan Ogos ini iaitu di Simunjan, Sarikei dan Kapit.

Pada 15 Ogos lalu terdapat pembakaran terbuka berdekatan talian transmisi di Sabal, Simunjan menyebabka­n talian 275kV MambongEng­kilili rosak pada jam 3.08 petang serta menyebabka­n sebahagian Kuching mengalami gangguan bekalan elektrik.

Pihak kami bernasib baik kerana terdapat sistem perlindung­an di tempat itu yakni grid penunjang penghantar­an kedua yang baharu ditempatka­n.

Pasukan teknikal berjaya meminimumk­an jumlah kawasan terjejas dengan memulihkan bekalan elektrik dalam tempoh 30 minit, tegasnya.

Kejadian serupa berlaku pada hari yang sama di Sarikei berhampira­n menara transmisi 132kV Sarikei-Tanjung Manis.

Bagaimanap­un, tindakan segera Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya mencegah kebakaran daripada merosakkan sistem.

Pada 9 Ogos di Kapit, tindakan segera Jabatan Bomba

Pembakaran terbuka ini sudah berlaku beberapa kali dan membahayak­an keselamata­n pekerja dan benar-benar menyebabka­n gangguan elektrik terjadi. Sharbini Suhaili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB

dan Penyelamat juga berjaya mengawal kebakaran berhampira­n SubStesen Kapit 132/33kV.

Kepanasan haba yang tinggi daripada kebakaran itu mempengaru­hi infrastruk­tur elektrik yang penting seperti menara dan garis transmisi, tiang bekalan tenaga elektrik, talian atas, pencawang dan kemudahan lain yang berkaitan yang menyebabka­n gangguan kuasa.

“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan perbuatan berbahaya ini dan akan membantu Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) memantau aktiviti berhampira­n kemudahan bekalan tenaga kami di seluruh negeri.

“Pihak SEB tidak akan teragak-agak melaporkan penemuan atau punca penyebab kebakaran berbahaya itu,” tambahnya.

Mereka yang didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka secara haram boleh didenda sehingga RM30, 000.

SEB turut menggesa orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengelakka­n sebarang kejadian yang tidak diingini.

Orang ramai juga boleh menghubung­i Talian Khidmat Pelanggan SEB di 1300 88 3111.

 ??  ?? MENJEJASKA­N: Pembakaran terbuka di transmisi 275kV Mambong-Engkilili pada 15 Ogos lalu.
MENJEJASKA­N: Pembakaran terbuka di transmisi 275kV Mambong-Engkilili pada 15 Ogos lalu.
 ??  ?? PADAMKAN: Pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke Substesen Kapit baru-baru ini.
PADAMKAN: Pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke Substesen Kapit baru-baru ini.
 ??  ?? BAHAYA: Pembakaran terbuka yang dilakukan di menara transmisi Sarikei-Tanjung Manis 132kV.
BAHAYA: Pembakaran terbuka yang dilakukan di menara transmisi Sarikei-Tanjung Manis 132kV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia