Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti SEGi dan Special Olympics Sarawak tandatanga­ni MoU

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti SEGi dan Special Olympics Sarawak semalam menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) semasa Special Olympics State Games Kuching Chapter 2018 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini.

MoU itu ditandatan­gani antara Timbalan Naib Canselor Universiti SEGi Profesor Azrin Esmady Arriffin Timbalan Presiden Datuk Jason Tai yang mewakili Special Olympics Sarawak sambil disaksikan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Dalam ucapannya, Fatimah yang juga presiden Special Olympics Sarawak menjelaska­n bahawa Special Olympics merupakan gerakan antarabang­sa yang bertujuan memperkasa­kan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah intelektua­l menjadi seorang yang cergas, produktif dan dihormati masyarakat melalui latihan dan pertanding­an sukan.

“Dengan menyertai Special Olympics ini, akan dapat meningkatk­an lagi keyakinan diri serta membangunk­an lagi kecergasan fizikal individu berkenaan. Inilah perkara yang kita harapkan dapat dicapai,” katanya.

Beliau berharap golongan itu akan dapat menunjukka­n keberanian dan semangat setia kawan menerusi penglibata­n mereka dalam Special Olympics.

“Kemahiran hidup ini meningkatk­an keupayaan mereka untuk menjalani kehidupan produktif yang normal,” katanya.

Sementara itu, Azrin berkata latihan bilik darjah perlu ditingkatk­an dengan mendedahka­n pelajar mereka dengan dunia sebenar dan mengambil bahagian dalam perkara-perkara seperti program Special Olympics yang memberi peluang untuk mereka mengenal pasti dan menangani cabaran serta menggalakk­an sikap dan ting- kah laku yang betul.

“Maka itu, keutamaan kami adalah untuk menangani keenganan sebilangan ibu bapa dan anggota masyarakat membiarkan kanak-kanak yang mengalami malah intelektua­l menyertai aktiviti sukan.

“Pada masa sama, kami juga mahu menangani penyakit tidak berjangkit dalam kalangan atlet Special Olympics,” katanya.

Difahamkan, MoU yang ditandatan­gani itu adalah untuk kedua-dua belah pihak saling menyokong antara satu sama lain dalam usaha koordinasi bersama untuk menganjurk­an pogram ‘Healthy Athletes’ serta mendapatka­n kelulusan, minat, kerjasama dan sokongan awam daripada program yang sama.

Ia juga akan menjalinka­n kersama mereka untuk menyertai aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n yang berkaitan dengan program ‘ Special Olympics Healthy Athletes’.

MoU selama tiga tahun itu akan membantu menarik perhatian orang ramai terhadap isu kesihatan secara keseluruha­n yang dihadapi orang yang mengalami masalah intelektua­l.

Program ‘Heathy Athletes’ di Special Olympics State Games 2018 melibatkan 138 sukarelawa­n termasuk doktor pakar, doktor gigi, ahli terapi, jururawat, penolong pegawai perubatan dan pergigian, ahli optik dan ahli audilogi.

Manakala seramai 220 atlet Special Olmpics mengambil bahagian dalam sukan ini dengan 100 atlet dari Kuching dan Samarahan, menjadikan lebih 2,000 penilaian kesihatan dilakukan.

Turut hadir pengerusi penganjur Special Olympics Sarawak States Games merangkap Presiden Special Olympics Kuching Chapter Datin Dayang Mariani Abang Zen, Setiausaha Special Olympics Sarawak Chew Siok Cheng dan Pengarah Special Olympics Sarawak Healthy Athletes Programme, Profesor Dr Toh Teck Hoon.

 ??  ?? KERJASAMA: Fatimah menyaksika­n penyerahan dokumen MoU antara Azrin dan Tai semasa Special Olympics State Games Kuching Chapter 2018 semalam.
KERJASAMA: Fatimah menyaksika­n penyerahan dokumen MoU antara Azrin dan Tai semasa Special Olympics State Games Kuching Chapter 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia