Utusan Borneo (Sarawak)

Masing mahu orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan status kesihatann­ya

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing mahu orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi selepas beliau dimasukkan ke hospital untuk mendapatka­n rawatan masalah sesak nafas dialaminya.

Masing yang dihubungi semalam berkata, beliau tidak mengikut arahan dok- tor untuk mendapat rehat mencukupi selepas semakin pulih daripada rawatan pertamanya di hospital dua minggu lalu.

“Ya, saya mengingkar­i nasihat doktor apabila membawa 15 ketua masyarakat melawat Tasik Kenyir di Terengganu,” katanya sebagai mengesahka­n berita beliau dimasukkan Pusat Perubatan Pakar Normah, disebabkan masalah sesak nafas Ahad lalu.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an dimasukkan semula ke hospital semalam selepas kali pertama dimasukkan ke hospital sama 20 Julai lalu.

Beliau menambah, doktor mengarahka­nnya bere- hat selama sebulan selepas menjalani ‘angiogram’ 20 Julai lalu kerana jantungnya belum pulih sepenuhnya.

Katanya, belliau diarah ‘berbaring di katil’ selama dua minggu tanpa menjalanka­n aktiviti serta banyak pemeriksaa­n kesihatan akan dilakukan bagi memastikan tiada komplikasi lain berlaku.

Bagaimanap­un seminggu selepas rawatan pertamanya itu, Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh dan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), mula bekerja.

Ujarnya lagi, beliau perlu membuat kenyataan mengenai perkara itu bagi mengelak spekulasi yang tidak sepatutnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia