Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak perkara baik dilakukan PH dalam 100 hari

-

MIRI: Banyak perkara baik dan isu diselesaik­an kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah 100 hari memegang tampuk pemerintah­an negara.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, kerajaan PH tetap akan mendapat maklum balas daripada rakyat terhadap pencapaian kerajaan sebagai rujukan dan penambahba­ikan pentadbira­n.

Dengan menemui dan mendengar suara rakyat, kerajaan PH dapat merancang program yang dapat memenuhi keperluan rakyat.

“Secara amnya pencapaian kita agak baik. Malangnya kita tidak dapat memuaskan hati semua.

“Itu sesuatu yang kita rasa agak kesal. Kita tidak dapat menggembir­akan hati semua,” jelasnya.

Dr Teo ditemui pemberita selepas mengagihka­n kupon makanan dan minuman percuma kepada pengunjung Old Men Street Persiaran Kabor pagi semalam.

Untuk Miri, Dr Teo berkata beliau akan memastikan masalah kepadatan pesakit dan kekurangan kemudahan perubatan di Klinik Kesiha- tan dan Hospital Miri akan diselesaik­an.

Beliau telah memaklumka­n masalah itu kepada Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye dan mahu membawa beliau ke Miri untuk melihat sendiri masalah.

Dr Teo yang juga ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri juga mahu lebih banyak projek perumahan kos rendah dibangunka­n di sini untuk membenarka­n lebih ramai penduduk khasnya daripada kalangan kurang mampu memiliki kediaman sendiri.

Beliau telah kerap kali menemui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin meminta agar Miri diberi keutamaan untuk pelaksanaa­n projek itu.

“Saya telah empat kali menemui Zuraida iaitu dua kali di Kuching dan dua kali di Kuala Lumpur.

“Zuraida merancang mahu membina sebanyak 100,000 rumah setahun di seluruh negara dan kita mahu projek diberi keutamaan di Miri,” katanya.

Selain itu, Dr Teo juga akan menemui pihak Majlis Bandaraya Miri ( MBM) membincang­kan isu dan aduan untuk ditangani bersama.

Beliau juga akan mendapat maklum balas daripada MBM tentang pentadbira­n kerajaan PH di sini.

Mengenai Old Men Street, masalah atap bocor akan dirujuk semula kepada pihak MBM untuk kerja pembaikan.

“Saya telah mengunjung­i kawasan ini semasa kempen pilihan raya lalu dan menemui pihak MBM tetapi kerosakan atap ini masih lagi belum diperbaiki,’ jelasnya.

Isu lain adalah permohonan kad pengenalan biru daripada pemilik kad pengenalan merah.

Pada lawatan semalam, sebanyak 300 kupon diagihkan Pusat Khidmat Parlimen Miri kepada pengunjung sempena 100 hari pemerintah­an PH setelah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei lalu.

Dr Teo berkata, sumbangan sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan pengundi kepada beliau dan PH.

 ??  ?? RASMI: Dr Teo mengguntin­g reben sebagai simbolik perasmian Pasar Nelayan Batu Satu di Miri, semalam.
RASMI: Dr Teo mengguntin­g reben sebagai simbolik perasmian Pasar Nelayan Batu Satu di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia