Utusan Borneo (Sarawak)

Beri jaminan bahawa elaun sara hidup, insentif lain seperti subsidi diesel akan diteruskan: Dr Teo

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus menjaga kebajikan golongan nelayan termasuk di Sarawak.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, kerajaan PH melalui Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani baru-baru ini, memberi jaminan bahawa elaun sara hidup dan insentif lain seperti subsidi diesel yang telah dinikmati golongan nelayan sejak 2008 akan diteruskan.

“Selepas pentadbira­n diambil alih kerajaan PH, rata-rata masyarakat nelayan tidak tahu sama ada insentif yang diberikan kerajaan pusat sebelum ini akan diteruskan kerajaan hari ini.

“Justeru, dengan jaminan terbabit, tidak ada lagi isu mengenai kedua-dua pekara berkenaan kerana PH telah menyatakan secara jelas dan komitmen kami untuk meneruskan insentif yang diberikan kepada golongan nelayan,” jelasnya.

Dr Teo berkata demikian pada Majlis Perasmian Pasar Nelayan Batu Satu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wilayah III Miri, di Kuala Baram semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Pemasaran dan Pelesenan LKIM Mohd Rizal Sahari, Pegawai Wilayah

Selepas pentadbira­n diambil alih kerajaan PH, rata-rata masyarakat nelayan tidak tahu sama ada insentif yang diberikan kerajaan pusat sebelum ini akan diteruskan kerajaan hari ini. Dr Michael Teo Ahli Parlimen Miri

LKIM Wilayah III Miri Norlaili Baharuddin @ Hamdan, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Miri Musa Bujang dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Miri Malik Bol.

Sementara itu, Dr Teo turut memberi jaminan kepada para nelayan di kawasan itu bahawa pihaknya akan menangani isu penceroboh­an kapal nelayan asing di perairan Miri.

Mengulas mengenai projek perlindung­an pesisir pantai untuk Kampung Batu Satu yang telah diluluskan kerajaan persekutua­n terdahulu, Dr Teo menjelaska­n bahawa beliau akan mengusulka­n perkara terbabit kepada kerajaan PH.

Pada masa sama jelasnya, beliau mahukan kerjasama dan pemahaman secara menyeluruh daripada rakyat di sini bahawa kerajaan PH telah meletakkan projekproj­ek yang telah diluluskan kerajaan dahulu di bawah pemerhatia­n.

“Dengan keadaan ekonomi sekarang, kita akan memberi tumpuan dan mengutamak­an projek- projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat,” tambahnya.

Terdahulu dalam ucapan rasmi mengenai pasar nelayan terbabit, Dr Teo berharap pasar baharu itu akan membantu menjana pendapatan lumayan kepada para nelayan dan terus memberi bekalan segar produk laut kepada pelanggan.

Sementara itu, menerusi kenyataan media LKIM Wilayah III Miri, pasar nelayan baharu yang bernilai RM176,000 itu telah siap dibina pada 15 Mac tahun lalu.

Dengan adanya 20 gerai nelayan, ia merupakan pasar nelayan keempat di Miri selepas Pasar Nelayan Kuala Baram, Pasar Nelayan Piasau Utara dan Pasar Nelayan Luak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia