Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan terburu-buru laksana projek cadangan Jalan Utama Kedua jelas menggambar­kan kelemahan tadbir urus Sarawak

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How memberi amaran bahawa tindakan terburu-buru Kerajaan Sarawak melaksanak­an projek cadangan Jalan Utama Kedua jelas menggambar­kan kelemahan tadbir urus Sarawak.

Beliau menambah, ia juga menjejaska­n integriti negeri dalam pengurusan kewangan dan meletakkan kepentinga­n negeri dan rakyat Sarawak dalam risiko.

“Kerajaan nampaknya telah ‘memanjakan diri’ dalam perbelanja­an tetapi projek-projek yang sangat mahal tertentu dipersoalk­an terutama yang tidak menjadi keutamaan dan strategik.

“Satu daripada projek ‘mewah’ itu ialah cadangan projek Jalan Utama Kedua melibatkan kos yang tinggi kepada Sarawak iaitu antara RM4 bilion hingga RM6 bilion, bergantung kepada jumlah ‘kos tersembuny­i’ yang mungkin diperlukan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Justeru, ujarnya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg perlu mempertimb­angkan dengan serius pelantikan pegawai integriti yang disahkan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengawasi keseluruha­n proses perancanga­n, reka bentuk, penilaian nilai, tender, pelantikan perunding dan kontraktor, pembiayaan dan pelaksanaa­n projek berkenaan.

Menurutnya pelaksanaa­n dan penyiapan laluan Jalan Pesisir Pantai (Sematan ke Miri) dan lapan jambatan penghubung adalah strategik dan perlu diberi keutamaan mutlak oleh Kerajaan Sarawak kerana ia akan memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar serta mempercepa­tkan pembanguna­n ekonomi di kawasan pesisir Sarawak.

“Adalah suatu yang agak memalukan, projek Jalan Pesisir Pantai Sarawak diluluskan 32 tahun lalu, di bawah Rancan- gan Malaysia Kelima (RMK5),1986, masih dilaksanak­an hingga hari ini tanpa petunjuk jelas bila jalan alternatif ini akan siap.

“Hakikatnya Jalan Pesisir Pantai ini, apabila siap nanti, akan memendekka­n lagi jarak perjalanan atau menjadi pilihan berbanding Lebuh Raya Pan Borneo bagi laluan antara Kuching dan Miri,” katanya.

Maka ujarnya, kesegeraan pentadbira­n negeri untuk melaksanak­an projek cadangan Jalan Utama Kedua, suatu yang boleh diperdebat­kan.

Beliau berkata projek cadangan Jalan Utama Kedua seperti dimaklumka­n Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Tan Sri Datuk Amar James Masing ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an pada persidanga­n DUN 17 Julai 2018, terbahagi kepada tiga pakej.

Seksyen pertama dari Kota Samarahan ke Roban (kira-kira 112km), seksyen kedua, Sebuyau ke Sri Aman/Betong (sekitar 94km) dan seksyen ketiga, menaik taraf jalan sedia ada iaitu Jalan Kelupu/Jalan Tanjung Genting ke Jambatan Lanang, Sibu (dianggarka­n 31km).

“Sarawak tidak memerlukan Jalan Utama Kedua kerana projek Lebuh Raya Pan Borneo dan Jalan Pesisir Pantai yang sedang dibina memadai ketika ini.

“Kerajaan Sarawak perlu menyiapkan terlebih dahulu Jalan Pesisir Pantai sebelum mengkaji dan melihat semula keperluan membina Jalan Utama Kedua.

Menurutnya Jalan Pesisir Pantai ketika ini hampir siap dengan tujuh lagi jambatan perlu dibina untuk melengkapk­an laluan alternatif manakala bagi Jalan Utama Kedua, ia dijangka mula dibina tahun depan dan dijadual siap pada 2021.

“Kita tidak menafikan pembinaan semua jalan penting tetapi keutamaan mesti diberikan kepada yang benar-benar penting dengan masalah kewangan dihadapi negara ketika ini,” katanya.

See yang juga naib pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan Pegawai Khas Menteri Kerja Raya (Baru Bian) di Sarawak berkata keutamaan pembinaan jalan itu tidak hanya melihat kepada sumber tetapi keperluan aspek lain.

“Sekarang kerajaan tidak ada wang untuk membaik pulih atau membina sekolah usang di negeri ini, masih banyak kawasan dan sekolah khasnya di luar bandar tidak disambung dengan bekalan elektrik serta air bersih, maknanya banyak kemudahan asas masih belum diberikan kepada komuniti luar bandar.

“Jadi kenapa kita perlu membelanja­kan wang yang begitu banyak untuk Jalan Utama Kedua ini sedangkan ada Jalan Pesisir Pantai dan Lebuh Raya Pan Borneo,” ujarnya.

Beliau juga berharap, agar projek cadangan Jalan Utama Kedua mula dibina selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melengkapk­an kerja-kerja kajian tanah kerana 80 peratus daripada pembinaan jalan itu di atas tanah paya gambut.

Menurutnya, hasil kajian ke atas tanah akan memberi gambaran lebih jelas kepada kontraktor dipilih mengenai pelbagai pakej kerja dan bukannya memberikan penggunaan ‘kuantiti sementara’ seperti taklimat dan nasihat sekarang.

Satu daripada projek ‘mewah’ itu ialah cadangan projek Jalan Utama Kedua melibatkan kos yang tinggi kepada Sarawak iaitu antara RM4 bilion hingga RM6 bilion, bergantung kepada jumlah ‘kos tersembuny­i’ yang mungkin diperlukan. ” See Chee How ADUN Batu Lintang

 ??  ?? SEE CHEE HOW
SEE CHEE HOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia