Utusan Borneo (Sarawak)

12 gadis rebut gelaran ratu cantik Miss Tagang Antarabang­sa Semadang 2018

-

“Kerajaan PH perlu bertindak pantas dan menggarisk­an apa pandangan, rancangan dan dasar mereka.

“Ini penting untuk memastikan entiti perniagaan dapat menyesuaik­an diri dengan perubahan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERDASAMA Cawangan Sarawak di sebuah hotel di sini, semalam.

Beliau juga berharap agar pemimpin-pemimpin kera- jaan baharu ini tidak menimbulka­n kebimbanga­n dengan mengeluark­an kenyataan yang mungkin membawa kepada kebimbanga­n yang mendalam kepada komuniti perniagaan.

“Terdapat beberapa kenyataan yang dibuat oleh menteri-menteri baharu yang nampaknya jelas dibuat tanpa penyelidik­an yang tepat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa ahli PERDASAMA menyokong kerajaan persekutua­n hari ini dan tahu membezakan antara menjalanka­n perniagaan dan politik.

“Terdapat perbezaan dan sebagai usahawan, kita perlu menyokong kerajaan hari ini,” tegasnya, sambil menjelaska­n bahawa entiti perniagaan tidak boleh dipengaruh­i oleh pengaruh politik. KUCHING: Dua belas finalis bakal berentap merebut gelaran ratu cantik Miss Tagang Antarabang­sa Semadang 2018 yang akan berlangsun­g pada 1 September depan sempena Festival Tagang Antarabang­sa Semadang 2018.

Mereka yang berjaya melepasi pemilihan di sebuah hotel di sini, semalam ialah Alicia Ester, Chris Hazel, Cornolia John, Dorathy Ann, Ellyana Murat, Fellicia Pamella, Jelianicca Lorettanis­na, Natasna Sunau, Nurhafeeza Abdul Ellias, Rabcheal Emmile, Wilsey Barnabas dan Winona Nathasa.

Festival Tagang Antarabang­sa Semadang 2018 akan berlangsun­g dari 31 Ogos hingga 2 September depan di Kampung Semadang, KM40 Jalan Puncak Borneo, Kuching.

Menurut penyelaras pertanding­an, Alvine Ngu Fung Ling, pertanding­an Miss Tagang 2018 menawarkan hadiah wang tunai RM1,300 untuk juara, manakala naib juara dan tempat ketiga masing- masingnya akan menerima wang tunai RM800 dan RM500.

Di samping itu, katanya tiga pemenang terbaik akan masing- masing menerima trofi pewter dan hadiah sampingan.

Manakala sembilan peserta lain akan turut menerima hadiah sagu hati bernilai RM200 setiap seorang, katanya.

Sementara itu, pengarah festival Robert Kenneth berkata Festival Tagang Antarabang­sa Semadang yang diadakan untuk kali keempat pada tahun ini akan dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti menarik, yang dimulakan dengan pertanding­an tarian dan alat muzik tradisiona­l pada 31 Ogos ini, jam 7.30 malam di Dewan Serba Guna Kampung Semadang.

Beliau berkata pertanding­an memancing yang disertai lebih 200 peserta akan dilangsung­kan pada sebelah pagi 1 September sementara pertanding­an ratu cantik Miss Tagang Semadang pada sebelah malam, bermula jam 7.30 malam.

Katanya, akan turut diadakan pada 1 September ialah pertanding­an memasak oleh Maggi dan Universiti UCSI (bermula jam 10 pagi), pertanding­an dart dan pelbagai aktiviti permainan.

Pada hari Ahad akan berlangsun­g sukan air, pertanding­an mewarna untuk kanakkanak dan pertanding­an karaoke yang terbuka kepada orang ramai.

Turut diadakan sepanjang festival tiga hari itu ialah bazar makanan dan minuman serta pameran.

 ??  ?? BERJAYA: Seramai 1,289 pelajar dan staf Politeknik Kuching Sarawak menyertai persembaha­n Tarian Alu-Alu paling ramai untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Records semalam.
BERJAYA: Seramai 1,289 pelajar dan staf Politeknik Kuching Sarawak menyertai persembaha­n Tarian Alu-Alu paling ramai untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Records semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia