Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi bank digesa lebih fleksibel dalam agihan bantuan

-

MIRI: Institusi bank digesa lebih fleksibel dengan membenarka­n waris terdekat mengambil wang Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi pihak penerima yang tinggal di pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meluluskan dokumen sokongan berserta surat sokongan untuk membenarka­n waris mengambil babtuan bagi pihak ibu atau bapa, pihak bank sepatutnya memberikan wang tersebut tanpa berlengah.

“Bagi penerima yang tinggal jauh di kawasan pedalaman, ini amat membebanka­n kerana berulang-alik menghantar dokumen yang dihendaki pihak bank.

“Tambahan pula, ramai mereka buta huruf dan tidak mempunyai wang untuk membayar pengangkut­an yang mahal,” katanya semalam.

Sebagai contoh pada Jumaat lalu, Ayup Bong, seorang Penan dari Long Belok Ulu Baram tidak dapat mengambil bantuan mewakili ibunya yang sedang sakit di kampung meskipun mempunyai surat sokongan daripada LHDN.

Sebaliknya pihak bank meminta Ayup mengemukak­an surat daripada ketua kampung untuk mengesahka­n dia berasal dari Long Belok.

Menurut Dennis, pada Mac tahun ini Ayup meminta pertolonga­n bagi membolehka­n dia mengambil wang tersebut kerana ibunya sakit dan tidak dapat bergerak.

“Kami menghantar dokumen termasuk MyKad dan sijil lahir kepada LHDN untuk tindakan selanjutny­a dan berjaya.

“Pada Jumaat lalu, saya dan Ayup kemudian pergi ke bank untuk mengambil wang bantuan namun pihak bank mahukan surat daripada ketua kampung sebagai pengesahan dia memang berasal dari kampung tersebut,” tambahnya.

Long Belok yang terletak di Sungai Apoh dapat didatangi melalui jalan balak selama lima jam menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda dari Miri.

“Kos untuk mengambil surat daripada ketua kampung dan pulang ke Miri semula sudah lebih daripada wang bantuan yang diterima.

“Ini amat membebanka­n dan tidak sepatutnya berlaku,” tambahnya.

Dennis menambah, sekiranya LHDN membenarka­n waris terdekat mengambil wang tersebut mewakili penerima, pihak bank tidak harus menolak dan meminta dokumen lain yang boleh membebanka­n.

 ??  ?? LEGA: Ayup (dua kanan) yang mewakili ibunya gembira menerima wang Bantuan Sara Hidup Rakyat selepas dibantu Dennis, kelihatan sama saudara-mara Ayup.
LEGA: Ayup (dua kanan) yang mewakili ibunya gembira menerima wang Bantuan Sara Hidup Rakyat selepas dibantu Dennis, kelihatan sama saudara-mara Ayup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia