Utusan Borneo (Sarawak)

107 anggota baharu RELA Daerah Sibu menyertai Kursus Pengenalan RELA Siri 1/2018 semalam

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Seramai 107 anggota baharu Jabatan Sukarelawa­n Malaysia ( RELA) Daerah Sibu menyertai Kursus Pengenalan RELA Siri 1/2018 di Dewan Suarah Sibu, semalam.

Pegawai RELA Daerah Sibu Leftenan Kolonel (RELA) Awis Adenan berkata, kursus yang berlangsun­g selama sehari itu dianjurkan RELA Daerah Sibu.

“Tujuan kursus ini untuk memberi pendedahan kepada anggota baharu mengenai tugas, peranan dan tanggungja­wab serta sahsiah pemakaian seragam RELA,” ujarnya.

Ketika ditemui pemberita, Awis berkata RELA Daerah Sibu mempunyai seramai 28,955 ahli dengan 60 peratus anggota aktif dan selebihnya tidak aktif.

“Majoriti anggota RELA Daerah Sibu adalah daripada komuniti Cina seramai 80 peratus dan 20 peratus selebihnya Bumiputera,” jelasnya.

Sementara itu, Awis berkata Ibu Pejabat RELA Negeri dan Malaysia banyak memberi

Tujuan kursus ini untuk memberi pendedahan kepada anggota baharu mengenai tugas, peranan dan tanggungja­wab serta sahsiah pemakaian seragam RELA. Leftenan Kolonel (RELA) Awis Adenan Pegawai RELA Daerah Sibu

bantuan kepada mereka.

“Tahun ini sebanyak 8,000 set pakaian seragam RELA diagihkan kepada anggota yang aktif melalui Ketua Perhubunga­n RELA Kawasan (KPRK) masing-masing,” ujarnya.

Menurutnya, RELA di Sarawak sehingga kini masih belum mempunyai pusat latihan dan atas sebab itu mereka menganjurk­ankursusme­ngikut daerah seperti semalam.

“Jumlah peserta adalah mengikut kemampuan, di mana pada hari ini seramai 107 anggota baharu menyertai kursus.

“Mengikut Indeks Prestasi Utama ( KPI), setiap tahun satu daerah sekurang- kurangnya seramai 400 ahli hadir kursus.

“Seperti hari ini, kami faham kewangan untuk kursus adalah terhad dan kami buat setakat yang termampu,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Awis berkata kursus RELA mer- angkumi kursus pengenalan yang berlangsun­g selama sehari dengan menyediaka­n makanan dan minuman kepada para peserta.

“Kursus asas RELA selama enam hari dengan mereka ada menyediaka­n elaun mengikut kadar yang telah ditetapkan selain makanan dan minuman disediakan kepada para peserta.

“Ini diikuti Kursus Ketua Platun, Kursus Ketua Perhubunga­n RELA dan seterusnya,” ujarnya tiada paksaan untuk anggota menyertai semua kursus tersebut.

 ??  ?? SEDIA BERBAKTI: Awis (duduk depan, lima kanan) merakam kenangan bersama semua peserta Kursus Pengenalan RELA Siri 1/2018 RELA Daerah Sibu di Dewan Suarah Sibu, semalam.
SEDIA BERBAKTI: Awis (duduk depan, lima kanan) merakam kenangan bersama semua peserta Kursus Pengenalan RELA Siri 1/2018 RELA Daerah Sibu di Dewan Suarah Sibu, semalam.
 ??  ?? UNTUK AMAL: Lebih 1,405 peserta berdaftar mengambil bahagian dalam acara ‘Run For Love 2018’ anjuran Pusat Jagaan Paliatif Miri di Marina City semalam.
UNTUK AMAL: Lebih 1,405 peserta berdaftar mengambil bahagian dalam acara ‘Run For Love 2018’ anjuran Pusat Jagaan Paliatif Miri di Marina City semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia