Utusan Borneo (Sarawak)

PH Sarawak gembira dengan respons terhadap aktiviti, program anjurannya

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak gembira dengan respons yang menggalakk­an daripada orang ramai terhadap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh parti komponenny­a di negeri ini, meskipun penganjura­nnya pada saat akhir.

Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak dan PH Sarawak Mordi Bimol berkata, sambutan itu sekali gus menunjukka­n rakyat kini menerima PH dan tidak gentar untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan parti itu seperti sebelum ini.

Sebagai contoh katanya, acara ‘Rocket Cup Football Tournament’ yang dirasmikan beliau semalam, mendapat sambutan yang amat menggalakk­an meskipun kejohanan itu adalah terhad kepada hanya 32 pasukan.

“Ini menunjukka­n lebih ramai belia kini berani mendekati kita. Biarpun dianjurkan pada saat terakhir, namun respons yang kita terima amat menggalakk­an.

“Sebelum ini, masyarakat takut dikaitkan dengan PH, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“PH sebelum ini tidak seperti PH sekarang (kerana sekarang kita adalah kerajaan persekutua­n). Kejohanan ini adalah salah satu cara untuk kita mendekati rakyat... kalau tidak kenal, maka tidak cinta,” katanya ketika berucap pada Majlis ‘ Mambong Rocket Cup Football Tournament’ di Siburan di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Puncak Borneo Wille Mongin yang turut bermain untuk pasukannya (Pasukan Willie) dalam perlawanan pembukaan menentang pasukan SDFC dari Kampung Sira pada kejohanan tersebut.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii, Pengerusi DAP Mambong Chan Hon Hiung dan Timbalan Pengerusin­ya Sanjan Daik antara tetamu turut hadir pada acara itu.

Sementara itu, Dr Kelvin dalam ucapannya berkata, kejohanan itu merupakan cara terbaik untuk membangun dan mengasah bakat baharu dalam kalangan anak muda.

Justeru, beliau menasihati para peserta untuk mengekalka­n semangat kesukanan yang tinggi semasa kejohanan itu.

Acara ‘Rocket Cup Football Tournament’ yang diadakan itu merupakan anjuran DAP Cawangan Mambong.

Dengan bantuan penaja, kejohanan itu menyediaka­n hadiah wang tunai sebanyak RM1,600, trofi dan pingat kepada juara.

Manakala pasukan yang memenangi tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM600 berserta trofi dan pingat.

Selain itu, pasukan yang mendapat tempat keempat juga akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200.

 ??  ?? SIMBOLIK: Mordi melakukan acara menyepak bola sebagai simbolik perasmian ‘Mambong Rocket Cup Football Tournament’ di Siburan, semalam. Turut kelihatan Willie (empat kiri), Dr Kelvin (dua kanan) dan tetamu yang lain.
SIMBOLIK: Mordi melakukan acara menyepak bola sebagai simbolik perasmian ‘Mambong Rocket Cup Football Tournament’ di Siburan, semalam. Turut kelihatan Willie (empat kiri), Dr Kelvin (dua kanan) dan tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia