Utusan Borneo (Sarawak)

1,405 peserta menyertai acara ‘Run For Love 2018’

-

MIRI: Seramai 1,405 peserta berdaftar mengambil bahagian dalam acara ‘Run For Love 2018’ anjuran Pusat Jagaan Paliatif Miri (PCAM) di Marina City pagi semalam.

Pengerusi penganjur Vivian Sheila berkata, daripada jumlah itu seramai 575 berlari dalam kategori 3km, 5km (492) manakala 10km (338).

Beliau berkata, larian ini merupakan aktiviti tahunan PCAM bertujuan mengumpul dana bagi membiayai pusat dan pesakit yang mendapatka­n perkhidmat­an di situ.

“Setiap tahun kami membantu ramai pesakit kanser dan pesakit tenat untuk mengurus dan mengurangk­an kesakitan yang dialami.

“Selain itu, kami memberi sokongan untuk memastikan mereka dapat menikmati kehidupan lebih baik selain bantuan moral untuk ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan semasa ‘Run For Love 2018’ awal pagi semalam.

Sementara itu, larian tersebut berjaya mengumpul kirakira RM50,000 yang akan digunakan untuk membiayai operasi PCAM seterusnya.

Sehubungan itu beliau berkata, PCAM berterima kasih kepada orang awam termasuk individu dan organisasi yang membantu menjayakan larian berkenaan.

Vivian yang juga merupakan setiausaha PCAM berterima kasih kepada orang awam yang terus memberi sokongan bagi membolehka­n pusat membeli peralatan bagi kegunaan pesakit seperti kerusi roda, perkakas oksigen dan tilam.

“Pusat ini juga mengadakan aktiviti penjagaan setiap pagi Selasa untuk pesakit yang mahu mendapatka­n khidmat urutan, memotong rambut dan aktiviti riadah lain.

Vivian berkata, PCAM memerlukan kira- kira RM300,000 setahun untuk membiayai pusat itu termasuk sewa, bil keperluan, gaji dan latihan untuk jururawat selain membeli ubat- ubatan dan peralatan lain.

Pada masa ini, PCAM mempunyai 70 pesakit di Miri dan 25 lagi pesakit tinggal di luar kawasan Miri.

“Setakat ini kami mempunyai tiga jururawat sepenuh masa melakukan empat hingga enam lawatan dari rumah ke rumah setiap Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat.

“Manakala sekali sebulan iaitu pada Sabtu, diadakan lawatan bersama doktor dari Hospital Miri ke luar kawasan di Bekenu, Sibuti dan Batu Niah,” katanya.

Sementara itu hadir sama memberi sokongan pada larian ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting dan Datuk Bandar Miri Adam Yii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia