Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan intelek perlu bentuk pemikiran masyarakat: Wan Azizah

-

KUALA LUMPUR: Golongan intelek serta pemikir di negara ini perlu mengetenga­hkan ilmu dalam bidang masing-masing bagi membentuk pemikiran masyarakat atau ‘thought leadership’, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata golongan intelektua­l tidak harus dikaitkan dengan ahli akademik sahaja kerana mereka juga terdiri daripada seniman, agamawan dan budayawan dan sewajarnya menyampaik­an ilmu mereka bagi membantu proses pencerahan masyarakat.

“Diskusi intelek memberi peluang pembaca memahami dan menyelami idea-idea penulis dalam pelbagai subjek, termasukla­h intelektua­l, kewartawan­an dan media, persoalan seni, peranan pelajar, perpaduan, sastera dan budaya,” katanya ketika berucap melancarka­n buku ‘Percakapan dengan Raja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea’ karya Raja Ahmad Aminullah di White Box Publika, semalam.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata, buku itu wajar menjadi pendorong kepada semua yang berani mengemukak­an pendapat dan fikiran masing- masing.

“Dalam berbicara mengenai intelek dan perkembang­an ilmu, saya ingin kaitkan perbincang­an kita dengan cabaran yang kita hadapi hari ini di mana kita perlukan golongan ini (intelek) bersama-sama ke medan pertarunga­n ideologi dengan ilmu.

“Ia penting untuk memastikan Malaysia Baru yang diidamkan tidak terbalik dan tumbang. Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14, adalah penting untuk kita menyedari, membina Malaysia Baru bukan sekadar memenangi pilihan raya tetapi ilmu dan pengisian dalam berdepan cabaran hari ini,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata proses mentakrif dan membina Malaysia Baru memerlukan wacana yang berterusan untuk menghasilk­an satu tasawwur atau ‘world view’ serta identiti yang baru di mana ia harus unik jika dibandingk­an dengan apa yang telah ada sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia