Utusan Borneo (Sarawak)

Bertujuan mengingatk­an tentang kegiatan LGBT haram dalam Islam

-

KUANTAN: Kempen kesedaran mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) tidak seharusnya dilihat sebagai langkah untuk bermusuh dengan mana- mana pihak.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman berkata pelbagai kempen yang kini giat dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) hanyalah untuk mengingatk­an tentang kegiatan LGBT yang haram hukumnya dalam Islam dan dilaknat Allah.

“Semua kempen ini bertujuan untuk meminta golongan terlibat supaya menghentik­an semua tuntutan kerana ia salah di sisi agama dan dilaknat Allah.

“Kita bukan mahu bermusuh dengan sesiapa tetapi mahu kegiatan ini dihentikan kerana ia dilarang oleh Allah dan bimbang azab serta bala seperti yang berlaku pada zaman kaum Nabi Luth da- hulu seperti yang diceritaka­n dalam al-Quran,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan kempen kesedaran bahaya LGBT anjuran Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahi­m Pahang (Ukhwah) di Dataran Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini, semalam.

Turut hadir dalam kempen tersebut Kadi Daerah Kuantan Abdul Zaki Md Zain dan Presiden Ukhwah Zulkefkly Senek.

Abdul Rahman berkata kempen anjuran Ukhwah ini dilihat sebagai pendekaran yang baik untuk mendidik dan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai LGBT.

“Jabatan Mufti Pahang menyambut baik usaha yang dilakukan Ukhwah dan badan NGO kerana isu ini dilihat berbahaya kepada pembanguna­n moral manusia.

“Saya lihat pertemuan hari ini disambut baik oleh orang ramai termasukla­h mereka yang bukan beragama Islam dan ini menunjukka­n petanda positif dalam mengelak gejala ini daripada terus berleluasa dalam masyarakat,” katanya.

Jabatan Mufti Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang ( JAIP) bersedia untuk bekerjasam­a dengan mana-mana NGO yang ingin menjalanka­n kempen-kempen seumpama ini pada masa akan datang.

“Selain itu, kita juga merancang untuk menyediaka­n satu tempat khusus bagi memberi penerangan dan juga khidmat nasihat serta kaunseling mengenai LGBT kepada sesiapa sahaja yang ingin merungkai persoalan mahupun kekeliruan,” katanya. — Bernama

Kita bukan mahu bermusuh dengan sesiapa tetapi mahu kegiatan ini dihentikan kerana ia dilarang oleh Allah dan bimbang azab serta bala seperti yang berlaku pada zaman kaum Nabi Luth dahulu seperti yg diceritaka­n dalam alQuran. Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman Mufti Pahang

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Petugas-petugas Tabung Haji (TH) menyambut ketibaan jemaah program Jemaah Haji Warga Emas di ibu pejabat TH Makkah Abraj Al-Janadriyah, Mekah semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Petugas-petugas Tabung Haji (TH) menyambut ketibaan jemaah program Jemaah Haji Warga Emas di ibu pejabat TH Makkah Abraj Al-Janadriyah, Mekah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia