Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKASA mohon kerajaan kaji semula peraturan kelulusan pembiayaan

-

MELAKA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) memohon kerajaan untuk mengkaji semula kaedah atau peraturan sedia ada melibatkan kelulusan pembiayaan sesuatu pinjaman agar perkembang­an dan pembanguna­n gerakan koperasi negara dapat dipertingk­atkan.

Naib Presiden ANGKASA Mohamad Azmi Omaruddin berkata inisiatif berkenaan juga perlu segera dilaksanak­an bagi menambah baik kaedah atau peraturan sedia ada supaya lebih banyak peluang perniagaan dapat diceburi oleh anggota koperasi di seluruh negara sekali gus menyumbang pada peningkatk­an ekonomi negara dan anggota koperasi.

“Sekarang ini kalau kita lihat setiap pinjaman kredit yang ingin dibuat anggota koperasi perlu mendapatka­n kelulusan daripada Suruhanjay­a Koperasi Malaysia dan proses ini melibatkan tempoh masa tertentu dan kadang kala menyebabka­n peluang perniagaan yang ingin direbut terlepas bergitu sahaja.

“Situasi ini bukan sahaja merugikan anggota kop- erasi malah juga negara secara dasarnya koperasi merupakan makanisme utama sosioekono­mi negara dan anggota, selain sektor ketiga tertinggi yang menyumbang pada pendapatan ekonomi negara selepas sektor swasta dan awam,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Pertanding­an Akhir Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Kebangsaan 2018 di sini, semalam.

Turut hadir Naib Presiden ( Kewangan dan Integriti) ANGKASA Dr Mohd Azlan Yahya dan Pengerusi Perhubunga­n ANGKASA Negeri Melaka Muslim Md Shah.

Mengulas lanjut, Mohamad Azmi berkata kerajaan juga diminta agar memberi fokus pada pembanguna­n sektor koperasi negara secara lebih holistik khususnya dari segi aspek peruntukan khas dalam bajet tahunan negara.

Beliau berkata ia kerana sektor koperasi merupakan organisasi awam dan tidak mempunyai kepentinga­n individu malah keuntungan yang diperoleh dikembalik­an semula kepada semua anggota secara sama rata dalam pelbagai bentuk termasuk pembanguna­n modal insan, latihan dan kursus untuk anggota mereka selain kepada ekonomi negara.

“Kita harapkan kerajaan dapat memberi bajet khusus untuk sektor koperasi di negara ini dalam bajet tahunan akan datang sebagai komitmen mereka terhadap pembanguna­n koperasi untuk lebih berdaya saing, dinamik dam mampan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azlan berkata Kejohanan Petanque Angkasa pada tahun ini yang disertai seramai 10,250 peserta daripada 2,920 koperasi di seluruh negara berbanding 9,555 peserta daripada 2,738 koperasi pada tahun lepas, bertujuan menggalakk­an warga koperasi untuk bersukan selain mencungkil bakat baharu yang dapat diserap sebagai pelapis atlet di peringkat negeri dan juga negara dalam kalangan warga koperasi.

Beliau berkata kejohanan berkenaan merupakan acara tahunan yang dilaksanak­an di peringkat negeri dan kebangsaan setiap tahun sejak 1995 dan pihaknya memperuntu­kkan kira-kira RM500,000 bagi penganjura­n kejohanan berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia