Utusan Borneo (Sarawak)

50 sertai program jemaah haji warga emas semasa masyair

-

MEKAH: Seramai 50 jemaah haji Malaysia terpilih di bawah program Jemaah Haji Warga Emas Tabung Haji (TH) yang akan mendapat bantuan dan bimbingan khusus daripada petugas TH semasa operasi masyair bagi musim 1439H.

Pengurus Kaunseling TH bagi musim 1439H, Rashidah Ahmad berkata jemaah ini dipilih daripada 114 permohonan dengan menjalani sesi temuduga yang berlangsun­g sebanyak tiga sesi di mana calon-calon dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan.

“Ia antara program tanggungja­wab sosial korporat TH yang mula dilaksanak­an beberapa tahun yang lepas, dengan fokus kepada jemaah haji yang mempunyai masalah dari segi kesihatan, psikologi dan fizikal.

“Mereka ini perlu dibantu dalam menguruska­n diri bagi memastikan mereka dapat menjalanka­n ibadah masyair ini dengan keadaan yang paling sempurna,” katanya pada sidang media program Jemaah Haji Warga Emas di sini, semalam.

Petugas yang terlibat membantu dalam program Jemaah Haji Warga Emas ini terdiri daripada petugas sektor kewangan TH dan Pembantu Petugas Haji Tanah Suci (PATUH), yang akan mem- bantu jemaah haji semasa di Arafah sehingga pulang ke Mekah.

Jemaah yang terlibat akan dibantu secara khusus oleh petugas TH, mengikut tahap kesihatan dan keperluan bimbingan, yang melibatkan antara satu petugas untuk satu jemaah atau dua petugas untuk lima jemaah.

Jemaah haji yang terpilih untuk menyertai program ini dibawa ke penginapan ibu pejabat TH Mekah dari hotel penginapan masingmasi­ng sehari sebelum tarikh bertolak ke Arafah untuk membuat persiapan dan berkenalan dengan penjaga mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia