Utusan Borneo (Sarawak)

Polis buru dua penunggang motosikal sebabkan kematian

Mereka dipercayai terbabit perlumbaan haram, pertaruhan

-

SEREMBAN: Polis sedang memburu dua penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam perlumbaan haram sehingga menyebabka­n kematian di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan, Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Sharul Othman Mansor berkata dua penunggang itu dipercayai terbabit dalam pertaruhan sehingga menyebabka­n kematian seorang lagi penunggang motosikal, Norazrin Azizan Abdul Aziz, 26, dan mendatangk­an kecederaan terhadap pejalan kaki Mohd Azhan Baharudin, 25, ketika menyertai perlumbaan

Buat masa ini polis sudah merakam percakapan penonton berhubung kejadian.

haram tersebut.

“Kedua- dua penunggang ini dikehendak­i polis bagi melengkapk­an siasatan mengikut Seksyen 41 ( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Buat masa ini polis sudah merakam percakapan penonton berhubung kejadian,” katanya pada sidang media di Balai Polis Senawang ketika mengetuai Operasi Samseng Jalanan di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Penguatkua­saan Trafik JSPT Bukit Aman Superinten­den Zakaria Abd Rahman dan Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superinten­den Sulizmie Affendy Sulaiman.

Sharul Othman berkata pihaknya percaya perlumbaan haram itu dianjurkan pihak tertentu dan kini sedang mengesan mereka yang terlibat bagi membantu siasatan.

Kelmarin, media melaporkan Norazrin Azizan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM), Kubang Kerian ketika menerima rawatan pada jam 4.55 pagi akibat pendarahan otak.

Pada kejadian 6.30 pagi Jumaat, Norazrin Azizan dari Cherang Ruku, Semerak menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh Mohd Azhan yang cuba melintas jalan ketika kegiatan lumba haram itu berlangsun­g.

Akibat kejadian, Mohd Azhan putus kaki kiri dan patah kedua-dua belah tangan dan masih belum sedarkan diri di HUSM. — Bernama

Datuk Sharul Othman Mansor Pengarah JSPT Bukit Aman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia