Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga sekawan maut Hilux langgar lori

-

KAMPAR: Tiga sekawan maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka melanggar sebuah lori membawa muatan surat khabar di kilometer 291.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu ketiga-tiga mangsa yang berusia antara 26 dan 30 tahun maut di tempat kejadian manakala pemandu lori A. Vellusamy, 40, mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata mereka yang maut adalah pemandu kenderaan jenis Toyota Hilux, Nishan Singh Dhillon Baidev Singh, 30, serta dua penumpang Rajminder Singh Niranjan Singh, 26, dan Gurdial Singh Swaran Singh, 28.

Katanya kejadian itu dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda terbabit yang datang dari arah belakang melanggar bucu kanan hadapan lori tersebut yang berada di lorong kiri jalan.

“Akibat pelanggara­n itu, lori tersebut telah terbabas sehingga melanggar penghadang tepi jalan sebelum terbalik manakala Toyota Hilux hilang kawalan dan kesemua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kesemua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat manakala pemandu lori yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi mendapatka­n rawatan.

Ng berkata ketika kejadian keadaan agak gelap kerana tidak berlampu manakala jalan kering dan lurus serta cuaca baik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMALANGAN: Anggota polis memeriksa sebuah kenderaan lasak pacuan empat roda yang merempuh sebuah lori membawa muatan surat khabar menyebabka­n tiga maut dan seorang cedera di Kilometer 291.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di Kampar, semalam.
— Gambar Bernama KEMALANGAN: Anggota polis memeriksa sebuah kenderaan lasak pacuan empat roda yang merempuh sebuah lori membawa muatan surat khabar menyebabka­n tiga maut dan seorang cedera di Kilometer 291.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di Kampar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia