Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan penemuan bom di Selatan Narathiwat diserah kepada Bukit Aman

-

KOTA BHARU: Laporan berkaitan penemuan bom di Narathiwat, selatan Thailand yang didakwa dibuat dari negara ini akan diserahkan kepada Bukit Aman, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Hasanuddin berkata laporan itu yang dibuat hasil mesyuarat yang diadakan bersama polis Narathiwat pada 15 hingga 17 Ogos lepas, akan disemak oleh pihak atasan di Bukit Aman bagi menentukan sama ada kes berkenaan akan disiasat oleh Bukit Aman ataupun polis Kelantan sendiri.

Beliau berkata berdasarka­n undang-undang yang ada, ba- han letupan adalah barangan yang dikawal ketat dan sesiapa yang ingin memilikiny­a perlu mempunyai lesen atau permit daripada pihak berkuasa.

“Berhubung dengan apa yang dinyatakan oleh Ketua Polis Narathiwat mengenai penemuan bom di selatan Thailand baru- baru ini mendakwa bahan membuat bom itu diperolehi dari negara ini, apa yang saya ingin nyatakan bahan seperti batang paip PVC banyak dijual di kedai-kedai.

“Namun bagi bahan letupan itu sendiri, ia adalah bahan kawalan dan tidak semudah itu untuk diperolehi dan memer- lukan permit daripada pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita pada perhimpuna­n bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan seramai 11 pemberita daripada media arus perdana menerima Sijil Penghargaa­n Ketua Polis Kelantan kerana banyak membantu pihak polis dalam pelbagai isu.

Jun lepas, Polis Diraja Thailand menemui 41 butir bom buatan sendiri bersama alat peledaknya di dalam sebuah trak pikap yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Kampung Saring, daerah Takbai.

Dalam pada itu, Hasanuddin berkata mesyuarat yang diadakan pada minggu lepas turut membincang­kan kerjasama dua hala antara polis Kelantan dan polis Narathiwat membabitka­n isu penyeludup­an dadah, senjata api serta barangan yang menyalahi peraturan.

Katanya polis Kelantan menyambut baik maklumat yang diberikan oleh polis Narathiwat khususnya senarai nama suspek dalam kes berkenaan dan akan dihantar kepada pihak Bukit Aman untuk tindakan selanjutny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia