Utusan Borneo (Sarawak)

37,282 saman dikeluarka­n sepanjang Ops Khas Samseng Jalanan

-

SEREMBAN: Sebanyak 37,282 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan trafik melibatkan motosikal dan kereta dalam Ops Khas Samseng Jalanan dari 1 Ogos sehingga semalam, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Sharul Othman Mansor.

Beliau berkata sepanjang operasi itu sebanyak 1,775 kenderaan telah disita melibatkan 1,648 motosikal dan 127 buah kereta.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan mengubah ken- deraan tidak mengikut spesifikas­i yang ditetapkan.

“Sebanyak 626 tangkapan dilakukan bersabit kesalahan di bawah 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya dalam sidang media berhubung Ops Khas Samseng Jalanan di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata Kuala Lumpur merekodkan tangkapan tertinggi sebanyak 335 diikuti Pulau Pinang dengan 115 tangkapan.

Beliau berkata tangkapan yang dilakukan mengikut pecahan umur melibatkan 228 berumur 18 tahun ke atas dan 194 bawah 18 tahun.

Sharul Othman berkata sepanjang operasi berkenaan sebanyak 53 individu turut ditahan kerana didapati positif dadah.

Sementara itu, dalam Ops Samseng Jalanan yang dilakukan awal pagi semalam di Plaza Tol Senawang, sebanyak 122 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, insurans tamat tempoh dan mengubah suai kenderaan.

Pemeriksaa­n dilakukan terhadap 60 motosikal dan pihak polis turut menyita 21 motosikal dalam operasi berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia