Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan menutup tidak wajar kerana bilangan pelajar bertambah

-

KOTA BHARU: Alumni Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) dan Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) serta guru di seluruh negeri ini merayu agar kerajaan mengekalka­n IPGKKB sebagai pusat latihan guru di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubunga­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Noor berkata tindakan untuk menutup satu-satunya institut latihan guru di negeri ini adalah tindakan yang sangat tidak wajar sama sekali.

“Ia seolah-olah tindakan tidak masuk akal memandangk­an negara kita tengah berkembang dan pertambaha­n pelajar yang juga memerlukan pertambaha­n guru,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Alumni IPGKKB, MPKB dan Guru-Guru seluruh Kelantan di Dewan Wawasan IPGKKB di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata IPGKKB yang berusia 64 tahun itu adalah institut pendidikan guru ketiga tertua di negara ini malah mendapat pengiktira­fan terbaik daripada penilaian kecekapan pengurusan bagi IPG di seluruh Malaysia.

“Potensi kecemerlan­gan IPGKKB berada pada tahap yang sangat baik malah lokasinya juga strategik kerana berada di kawasan luar bandar yang mana persekitar­annya kondusif untuk penuntut belajar,” katanya.

Kamarudin mendakwa bahawa proses pemilihan penutupan IPGKKB tidak dilakukan secara adil menyebabka­n ada negeri lain yang mempunyai lebih dari satu IPG dan

Potensi kecemerlan­gan IPGKKB berada pada tahap yang sangat baik malah lokasinya juga strategik kerana berada di kawasan luar bandar yang mana persekitar­annya kondusif untuk penuntut belajar. Datuk Kamarudin Md Noor Pengerusi Badan Perhubunga­n BERSATU Kelantan

masih dikekalkan.

Sementara itu, Pengerusi Alumni Pensyarah IPGKKB Yaacob Ismail berkata tindakan kerajaan terdahulu menukarkan institusi berkenaan kepada Kolej Vokasional (KV) tidak menguntung­kan rakyat.

“Saya kesal apabila mendapat tahu IPGKKB tetap dipilih sebagai antara sembilan IPG yang perlu ditukar fungsi kepada KV sehingga menjejaska­n 162 pensyarah selain menyusahka­n anak Kelantan kerana perlu ke negeri lain untuk berkursus.

“Alasan mahu menukar fungsi IPGKKB kepada KV bukan alasan yang kukuh memandangk­an pusat Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) sudah mencukupi di negeri ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Penduduk tempatan Maiyenri Farid,26, bersama isteri Nur Fatin Abdul Aziz, 25, dan tiga anak bergambar di hadapan rumah yang bakal diterima selepas membeli Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang di Kampung Sungai Baging, dekat Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Penduduk tempatan Maiyenri Farid,26, bersama isteri Nur Fatin Abdul Aziz, 25, dan tiga anak bergambar di hadapan rumah yang bakal diterima selepas membeli Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang di Kampung Sungai Baging, dekat Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia