Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantar pemandanga­n terbuka Menara Kuala Lumpur masih dibuka

-

KUANTAN: Kerajaan negeri akan membina 35,000 lagi rumah mampu milik di Pahang dalam tempoh lima tahun hingga 2023 melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Perbandara­n Negeri Pahang Abd Rahim Muda berkata ia sebagai kelangsung­an program yang pernah Kerajaan Negeri sebelum ini dan sebahagian daripada janji Kerajaan Negeri semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kerajaan Negeri menyedari dan mendengar keluh kesah rakyat untuk memiliki rumah yang selesa terutama bagi golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana di negeri ini.

“Pelbagai rungutan sering diperkatak­an seperti harga rumah melambung tinggi, bekalan rumah mampu milik tidak mencukupi dan kesu- karan untuk mendapatka­n pembiayaan.

“Kenaikan harga rumah yang ketara telah menjejaska­n kemampuan rakyat memiliki rumah dan bagi mengatasi masalah itu Kerajaan Negeri pada PRU14 berjanji untuk membina sebanyak 35,000 unit rumah mampu milik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan rumah contoh PR1MA Pahang, Sungai Baging, Mukim Sungai Karang di sini semalam.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sharuddin Jali dan Pengerusi Syarikat Kencana Agri Sdn Bhd Datuk Tan Kee Tong.

Untuk rekod pada PRU13 yang lepas kerajaan negeri juga berjanji untuk membina sebanyak 15,000 unit rumah PR1MA Pahang, namun sehingga Mac lepas hanya 116 projek PR1MA Pahang diluluskan melibat pembinaan hampir 36,000 unit rumah, jauh melebihi sasaran ditetapkan.

Sementara itu, untuk projek PR1MA Pahang di Sungai Baging, Mukim Karang, ia akan melibatkan pembinaan sebanyak dua peringkat iaitu fasa pertama 102 unit rumah, manakala fasa kedua 104 unit rumah selain 28 unit lot kedai.

Rumah yang dibina dengan keluasan binaan 1000 kaki persegi dan keluasan tanah 40’ x 70’ atau 2,800 kaki persegi itu, dijual dengan harga RM150,000 seunit, hampir 50 peratus rendah daripada harga pasaran.

Projek ini dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dan istimewany­a potongan 10 peratus turut diberikan kepada penjawat awam yang layak membeli rumah ini. — Bernama KUALA LUMPUR: Pelantar pemandanga­n terbuka di Menara Kuala Lumpur masih beroperasi dan dibuka kepada orang ramai seperti biasa walaupun ibu negara kini dilanda masalah jerebu.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd Datuk Rozlan Mohamed berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang arahan untuk menutup pelantar terbuka berkenaan ekoran keadaan jerebu yang masih terkawal.

“Keadaan jerebu di Kuala Lumpur dilaporkan masih terkawal dan kami masih membuka pelantar terbuka kepada pelawat. Jika diberi arahan ditutup kerana jerebu yang tidak terkawal, kita terpaksa menutup pelantar berkenaan kepada para pelawat.

“Setakat ini, pihak kami belum menerima sebarang arahan untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n hadiah sempena acara ‘ KL Tower Internatio­nal Towerthon Challenge 2018’ di sini semalam.

Rozlan berkata arahan untuk menutup pelantar terbuka Menara Kuala Lumpur pernah dikeluarka­n ekoran keadaan cuaca buruk dan tidak selamat untuk pelawat.

Dalam pada itu, Rozlan berkata Menara Kuala Lumpur memberi diskaun sebanyak 50 peratus kepada warganegar­a Malaysia sempena cuti sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan.

“Sempena sambutan Aidiladha kita membuka dan memberi diskaun 50 peratus kepada warga negara Malaysia untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur pada Hari Raya pertama dan kedua.

“Rebutlah peluang keemasan ini sebabkan kalau harga sebenar RM71 kerana diskaun 50 peratus ini adalah berbaloi. Saya harap rakyat Malaysia rebutlah peluang menaiki ke puncak Menara Kuala Lumpur serta melawat tempat-tempat menarik seperti Mini Zoo, Rumah Terbalik dan Blue Coral,” katanya.

Mengenai KL Tower Internatio­nal Towerthon Challenge 2018, Rozlan berkata beliau sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan terhadap acara tahunan yang sudah masuk edisi ke-17 tahun ini.

Katanya sejak penganjura­nnya, acara itu telah menjadi acara sukan lasak utama Menara Kuala Lumpur dan bertepatan dengan aspirasi untuk mempromosi­kan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi lawatan wajib para pelancong ke Malaysia.

“Seramai 2,400 peserta terdiri daripada pelumba antarabang­sa dan tempatan telah mengambil bahagian dalam acara yang masuk edisi ke-17 tahun ini. Kesemua mereka telah menunjukka­n kesungguha­n mendaki anak tangga menuju ke puncak Menara KL.

“Ini termasuk dua peserta negara yang mencatat masa terpantas masing- masing dalam kategori lelaki dan wanita. Kami berbesar hati memaklumka­n pelumba Anas Rosli dan pelumba wanita Tan Bee Kiang akan dibawa bertanding di Larian Tangga Menara Dunia di Taiwan pada Mei tahun depan. Kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Menara KL dan ini merupakan kali pertama Menara KL berbuat demikian,” katanya.

Acara berkenaan didominasi peserta daripada Kenya, dengan kategori Lelaki Terbuka dimenangi Mburu John Muiruri selepas mencatat 13 minit 00.5 saat manakala kategori Wanita pula dimenangi Rosemary Mumo Katua dengan mencatatka­n 14:46.9s.

Kedua- dua pemenang membawa pulang wang tunai RM4,000 dan pingat emas. Hadiah disampaika­n Menteri Wilayah Khalid Abd Samad.

Bagi peserta negara, Anas, 22, yang meraih kedudukan ketiga dalam kategori lelaki selepas mencatat 13:15.6s, beliau akan melakukan per- siapan yang lebih rapi sebagai persediaan menghadapi cabaran lebih hebat di Taiwan nanti.

“Saya gembira dapat mewakili negara ke peringkat lebih tinggi dan saya akan buat persiapan yang terbaik untuk ke Taiwan tahun depan,” kata anak muda berasal dari Rawang itu.

Bagi Tan pula, ini merupakan kali kedua beliau dipilih mewakili negara ke Larian Tangga Menara Dunia dan mengakui cabaran di sana lebih sengit.

“Saya pernah ke Taiwan dua tahun lepas. Tetapi kali ini saya akan fokus kepada kelajuan saya,” kata ibu berusia 34 tahun itu.

Perlumbaan yang berlangsun­g semalam bermula di parkir terbuka Menara Kuala Lumpur yang mana peserta perlu berlari mendaki sejauh 800 meter sehingga lobi Menara KL dan seterusnya memanjat 2,058 anak tangga hingga ke Dewan Bankuet Megaview yang terletak 288 meter dari aras bumi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERJAYA: Aksi ceria seorang peserta selepas berjaya menaiki tangga menuju ke puncak Menara Kuala Lumpur pada acara ‘Kuala Lumpur Tower Internatio­nal Towerthon Challenge 2018’ di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERJAYA: Aksi ceria seorang peserta selepas berjaya menaiki tangga menuju ke puncak Menara Kuala Lumpur pada acara ‘Kuala Lumpur Tower Internatio­nal Towerthon Challenge 2018’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia