Utusan Borneo (Sarawak)

Pensyarah AIMST wakili Malaysia ke pertanding­an ‘Falling Walls Lab’ di Berlin

-

SUNGAI PETANI: Pensyarah Jabatan Bioteknolo­gi, Fakulti Sains Gunaan, Institut Perubatan, Sains, dan Teknologi Asia (AIMST) Dr P. Guruswamy akan mewakili negara ke pertanding­an inovasi ‘Falling Walls Lab’ di Berlin, Jerman pada 8 Nov ini.

Menurut AIMST dalam kenyataan semalam, ia susulan kejayaan pensyarah berusia 59 tahun yang berasal daripada India itu menjuarai pertanding­an sama peringkat kebangsaan yang diadakan di AIMST dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, Guruswamy menewaskan 45 peserta lain daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini, menerusi kajiannya yang bertajuk ‘Breaking The Wall of Chol- era for Bottom Billion’.

Sementara itu, Guruswamy, berkata, peluang keemasan untuk mewakili Malaysia ke pertanding­an bertaraf dunia itu diharap akan membawa kejayaan dan mengharumk­an nama negara serta universiti.

“Di Berlin, saya akan bersaing dengan peserta daripada serata dunia dengan idea-idea yang mungkin lebih hebat, ia satu cabaran besar untuk saya memberikan persembaha­n terbaik bagi memenangi pertanding­an ini.

“Saya yakin, dengan persiapan rapi serta memperkema­skan lagi hasil kajian sebelum ke Berlin, saya juga mempunyai peluang cerah untuk mengharumk­an nama negara dan Universiti Aimst,” katanya.

Pertanding­an inovasi ‘Fall- ing Walls Lab’ yang memasuki tahun ketiga penganjura­nnya di Universiti Aimst, selaku tuan rumah sejak 2016, mendapat penyertaan daripada 45 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan, termasukla­h 37 peserta daripada Malaysia, empat daripada India, serta masing-masing seorang wakil daripada Nigeria, Sudan dan Pakistan.

Ia menyediaka­n landasan kepada saintis dan penyelidik membentang­kan hasil penyelidik­an, reka cipta, inovasi serta produk yang mereka hasilkan.

Sementara itu, selain Dekan Falkulti Sains Gunaan Universiti Aimst, Profesor Dr R. Manickam selaku ketua juri, pertanding­an pada tahun ini turut diadili enam juri lain daripada pelbagai latar belakang.

Tempat kedua dan ketiga masing- masing diraih penuntut Universiti Aimst, K. Lavannia, 24, dengan kajian bertajuk, ‘Breaking the Wall of Diabetes Mellitus’, dan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Nur Hasanah Mohd Hassan, 23, dengan kajian bertajuk ‘Breaking the Wall of Human’s Silently Killing Parasite’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia