Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri Johor bersungguh-sungguh pertahanka­n Batu Putih: MB

-

ISKANDAR PUTERI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam dimaklumka­n bahawa kerajaan negeri sentiasa konsisten dan bersungguh-sungguh dalam mempertaha­nkan kedaulatan Pulau Batu Putih.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata beliau sering membincang­kan isu berkenaan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad setelah Pakatan Harapan memimpin kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Kerajaan Pakatan Harapan merasakan kerajaan Barisan Nasional yang lepas bersikap cuai dan tidak mengambil kisah terhadap Pulau Batu Putih.

“Ini kerana berdasarka­n ringkasan penghakima­n nombor 2008/1 bagi penghakima­n bertarikh 23 Mei 2008, kerajaan negeri Johor ketika itu hanya berdiam diri ketika Singapura memasang alat komunikasi pada 1997 dan tidak menghirauk­an cadangan Singapura untuk membuat penambakan laut di perairan Batu Putih,” katanya pada ucapan penggulung­an Persidanga­n DUN Johor di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Ir Hasni Mohamad (BN-Benut) dan Datuk Onn Hafiz Ghazi ( BN- Layang-Layang) mengenai pendirian kerajaan negeri Johor berhubung keputusan Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) terhadap kedaulatan Pulau Batu Putih.

Osman berkata kerajaan negeri Johor pada masa itu juga tidak membuat apa-apa tanda pemilikan ke atas pulau itu dan tindakan berkenaan mengakibat­kan peluang untuk menuntut semula pulau itu terlalu tipis dan menelan kos tinggi.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan Pakatan Harapan kini bertekad memastikan tiada lagi usaha-usaha luar untuk mencabar kedaulatan Johor dan mempunyai strategi tertentu untuk memastikan kedaulatan negeri ini sentiasa terpelihar­a.

Sementara itu, pada penggulung­an sama, Osman berkata kerajaan negeri bercadang untuk membuat audit forensik ke atas mana-mana projek yang mencurigak­an.

Beliau berkata perkara itu masih dipertimba­ngkan setelah mengambil kira kos untuk melantik perunding agak tinggi selain bimbang laporan akhir yang dibuat perunding berpihak kepada mereka yang mempunyai kepentinga­n.

“Kerajaan negeri sentiasa memantau dan memeriksa pengurusan kewangan terutama yang melibatkan projek yang mencurigak­an di bawah pelaksanaa­n kerajaan terdahulu.

“Ini sudah menjadi tanggungja­wab kerajaan negeri untuk memastikan kewangan negeri tidak disalahgun­akan sama sekali,” katanya menjawab soalan Chiew Chong Sin (PH-Mengkibol) dan Mohd Izhar Ahmad (PH-Larkin) berkaitan projek mencurigak­an di bawah kerajaan negeri terdahulu.

Menurut Osman, cadangan penubuhan jawatankua­sa khas khusus berkaitan isu itu akan dipertimba­ngkan untuk memastikan tiada pertindiha­n tanggungja­wab Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara dan Jabatan Audti Negara-Negeri Johor.

Beliau berkata sekiranya jawatankua­sa khusus itu menjadi satu keperluan, kerajaan negeri akan mengumumka­nnya.

“Sekiranya Yang Berhormat sekalian mempunyai sebarang maklumat berkaitan projek yang mencurigak­an boleh laporkan terus kepada Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negeri dan Jabatan Audit Negara-Negeri Johor untuk diambil tindakan susulan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia