Utusan Borneo (Sarawak)

Wakil rakyat PH diingatkan berhati-hati mengeluark­an kenyataan

-

PARIT BUNTAR: Isu berhubung undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hanya bersifat spekulasi memandangk­an hubungan beliau dengan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) amat baik, kata seorang Exco semalam.

Pada masa sama, Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrustruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n Abdul Yunus Jamhari berkata sebaiknya perkara itu juga tidak terus diperbesar-besarkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu yang menyatakan ada desas-desus wakil rakyat akan membuat undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

Sementara itu, Abdul Yu- nus turut mengingatk­an wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) agar berhati- hati apabila mengeluark­an kenyataan bagi mengelakka­n ia dimanipula­sikan oleh pihak lain.

“Isu pemberian hak milik tanah adalah isu sensitif dan itu boleh diselesaik­an dengan baik bagi mengelak spekulasi yang boleh menggugat keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming kelmarin yang dilaporkan berkata beliau mahu kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 yang lepas.

Sementara itu, Abdul Yu- nus berkata kerajaan negeri akan mengadakan karnival usahawan pada tahun depan untuk memberi peluang kepada usahawan memasarkan produk di daerah Kerian.

Mohd Yunus berkata pihaknya akan berbincang dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n mengenai karnival itu yang dirancang seperti Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA).

“Usaha itu akan membantu usahawan kecil memasarkan produk mereka di samping membendung golongan muda berhijrah,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Karnival Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Kerian 2018 yang disertai 22 usahawan di Mydin Mall di sini. — Bernama

Isu pemberian hak milik tanah adalah isu sensitif dan itu boleh diselesaik­an dengan baik bagi mengelak spekulasi yang boleh menggugat keyakinan rakyat negeri.” kepada kerajaan Abdul Yunus Jamhari Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrustruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia