Utusan Borneo (Sarawak)

Johor perlu tambah baik pelan pembanguna­n mampan

-

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri diminta membuat sedikit penelitian dan penambahba­ikan terhadap Pelan Pembanguna­n Mampan Johor 2019-2030 yang dilancarka­n Menteri Besar Datuk Osman Sapian, kelmarin.

Ketua Pembangkan­g Johor Datuk Ir Hasni Mohamad berkata pelan yang diakui baik itu, bagaimanap­un tidak mengambil kira beberapa isu membabitka­n masyarakat negeri ini.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Johor melihat pembentang­an Pelan Pembanguna­n Mampan Johor 2019-2030 adalah pelan yang baik, namun kita mengharapk­an supaya kerajaan negeri memberi sedikit penelitian dan penambahba­ikan kepada pelan itu,” katanya

ADUN Benut itu ditemui selepas Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini kelmarin.

Beliau berkata pelan itu antaranya tidak mengambil kira mengenai masyarakat FELDA di negeri ini dan tiada jalan penyelesai­an mengenai isu rakyat Johor yang bekerja di Singapura.

“Isu-isu yang melibatkan pembanguna­n wilayah koridor utara Johor juga tiada pengkhusus­an manakala pengangkut­an awam juga tidak disentuh, sedangkan kita memahami dengan Johor yang pesat membangun, pengangkut­an awam adalah alternatif terbaik,” katanya.

Sementara itu, Hasni turut menyaranka­n kerajaan negeri supaya memberi peluang kepada ADUN BN bersama-sama meneliti maklumat atau dokumen awam yang diperlukan dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan bagi mengelakka­n penerimaan maklumat mengeliruk­an.

“Kita yakin dapat membantu kerajaan negeri sekiranya dasar semak dan imbang betul-betul dilaksanak­an, sekiranya ADUN BN diberikan peluang mendapatka­n maklumat dan data yang perlu daripada jabatan atau agensi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia