Utusan Borneo (Sarawak)

2 calon pemilihan PKR langgar etika kempen diberi amaran

Keluar kata kesat, berbentuk tuduhan terhadap calon lain

-

PETALING JAYA: Dua calon yang bertanding bagi pemilihan PKR tahun ini diberi surat amaran kerana melanggar etika pemilihan apabila mengeluark­an katakata kesat dan berbentuk tuduhan terhadap calon lain yang bertanding.

Pengerusi Jawatankua­sa Bantahan, Rayuan dan Disiplin PKR, Dr Syed Hussin Ali berkata tindakan lebih tegas akan dikenakan terhadap kedua-duanya jika mereka mengulangi kesalahan itu selepas ini.

“Kita beri surat amaran kerana mereka melakukan kesalahan itu sebelum tempoh rasmi berkempen yang bermula hari ini (semalam), namun jika mereka ulangi lagi dalam tempoh rasmi berkempen ini kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas sesi cabutan nombor calon yang bertanding dalam pemilihan PKR 2018 di ibu pejabat parti itu di sini semalam.

Syed Husin bagaimanap­un enggan mendedahka­n nama kedua-dua calon berkenaan dan memberi amaran sama kepada semua calon lain yang bertanding agar tidak

Pihak jawatankua­sa menerima bantahan daripada pengadu terhadap mana-mana calon dan setiap bantahan itu kita akan tentukan sama ada berasas atau tidak, jika ada asas kita terima, jika tiada asas kita tolak.

melakukan kesalahan itu.

Beliau berkata pihaknya menerima 25 bantahan terhadap calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini dengan 24 daripada bantahan untuk calon-calon yang bertanding di peringkat negeri iaitu Terengganu dan Kelantan, manakala satu bantahan untuk calon yang bertanding di peringkat pusat.

Katanya, apabila bantahan diterima oleh jawatankua­sa berkenaan, ia bermakna calon itu tidak dibenarkan untuk bertanding dan mereka diberi tempoh tiga hari bermula hari ini untuk mengemukak­an rayuan.

“Pihak jawatankua­sa menerima bantahan daripada pengadu terhadap mana- mana calon dan setiap bantahan itu kita akan tentukan sama ada berasas atau tidak, jika ada asas kita terima, jika tiada asas kita tolak,” katanya.

Pada sidang media sama, Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din berkata calon-calon yang bertanding akan tertakluk kepada etika kempen pemilihan sepanjang tempoh kempen yang bermula secara rasmi semalam.

Katanya, walaupun ada calon yang telah memulakan kempen lebih awal, namun bermula semalam calon berisiko untuk disingkirk­an daripada bertanding dalam pemilihan ini atau dikenakan tindakan sewajarnya jika melanggar etika berkenaan.

Antara etika kempen adalah calon ditegah daripada berceramah dan mengadakan jamuan makan besar-besaran sebaliknya hanya dibenarkan membuat secara tertutup dengan kehadiran tetamu hanya 100 orang.

Calon juga ditegah membuat serangan peribadi dan tuduh menuduh sesama calon, membeli undi dan tidak dibenar menggunaka­n kedudukan dalam kerajaan untuk berkempen, katanya.

Setiausaha JPP Ismail Yusoff pula berkata terdapat hampir 14,000 calon bertanding dalam pemilihan kali ini bagi merebut 10,028 pelbagai jawatan dari peringkat negeri hingga pusat.

Manakala kira-kira 800,000 anggota PKR layak mengundi calon mereka dalam pemilihan kali ini yang melibatkan 218 cabang di seluruh negara.

Tempoh berkempen secara rasmi bermula hari ini sehingga 13 Sept dan pemilihan akan diadakan sehari selepas itu secara berperingk­at mengikut negeri bermula Kelantan dan Terengganu dan berakhir di Sabah pada 14 Oktober ini. — Bernama

Dr Syed Hussin Ali Pengerusi Jawatankua­sa Bantahan, Rayuan dan Disiplin PKR

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKEMPEN: Halimey (dua kiri) berbual bersama penduduk setempat ketika berkempen bagi PRK N32 DUN Seri Setia di Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.
— Gambar Bernama BERKEMPEN: Halimey (dua kiri) berbual bersama penduduk setempat ketika berkempen bagi PRK N32 DUN Seri Setia di Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia