Utusan Borneo (Sarawak)

Halimey guna kempen ingatkan pengundi keluar mengundi

-

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan ( PH) untuk Pilihan Raya Kecil ( PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar akan mempergiat­kan kempen bagi menyeru pemilih berdaftar keluar mengundi pada PRK itu, 8 Sept ini.

Katanya, beliau juga akan menggunaka­n tempoh 21 hari berkempen sebaiknya dengan turun padang bagi mengingatk­an pengundi supaya menunaikan tanggungja­wab mereka.

“Menerusi tempoh berkempen itu kita akan rangka beberapa strategi termasuk bertemu pengundi untuk mengingat dan menasihatk­an mereka supaya keluar mengundi.

“Kita tidak mahu menjadi seperti PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lepas, yang mana hanya separuh daripada pengundi berdaftar dari kawasan itu keluar mengundi,” katanya dalam si- dang media pada hari kedua kempen PRK itu, di sini, semalam.

Jelas Halimey, jumlah peratusan keluar mengundi itu penting bagi memastikan kerusi DUN tersebut kekal menjadi milik PH.

Menurut beliau, ia juga bagi membolehka­n program Inisiatif Peduli Rakyat yang dilaksanak­an di bawah pentadbira­n kerajaan Selangor dapat diteruskan dengan jayanya.

“Apabila calon dari parti kerajaan hari ini dipilih ia lebih memudahkan urusan kerana kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah dari parti yang sama,” katanya.

Sebelum ini, rekod menunjukka­n jumlah peratusan keluar mengundi ketika PRK Sungai Kandis hanya 49.4 peratus berbanding 80 peratus yang disasarkan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR)

DUN Seri Setia mempunyai seramai 53,492 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 50,692 pengundi biasa, 2,770 pengundi awal dan 30 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Dalam pada itu, Halimey berkata sepanjang berkempen juga pihaknya akan memperkena­lkan logo rasmi baharu PH kepada pengundi di kawasan itu.

“Kita akan menggunaka­n pendekatan berjalan kaki untuk memperkena­lkan logo tersebut secara total walaupun saya lihat rata-rata pengundi di sini sudah pun mengenali logo baharu PH,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan berkata tempoh berkempen 21 hari bagi PRK DUN Seri Setia dan Balakong akan digunakan sebaik mungkin untuk memperkena­lkan logo rasmi baharu PH.

Wan Azizah berkata itu adalah pertama kali logo baharu PH digunakan dan diketengah­kan dalam PRK. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia