Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi Seri Setia perlu calon mesra, dekati rakyat

-

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil ( PRK) DUN Seri Setia menyaksika­n pertembung­an pengundi harus memilih dua calon iaitu antara calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar atau Dr Halimah Ali daripada PAS.

Situasi itu, bagaimanap­un ia tidak semudah yang disangka apabila kini pengundi semakin arif dan mempunyai jangkaan tinggi terhadap calon mereka, termasuk calon itu harus berkhidmat kepada masyarakat serta dekat dengan hati mereka.

Memiliki calon yang mampu melihat keperluan semua kaum dan sentiasa turun padang adalah harapan pengundi di kawasan DUN Seri Setia ketika memilih wakil baharu bulan depan.

Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Subang PJS 10 V. Pulevendre­n berkata pengundi sedang mencari calon yang boleh berkhidmat untuk semua kaum dan tidak hanya menumpukan kepada sesetengah masyarakat sahaja.

“Adalah penting untuk mempunyai wakil yang akan mewakili suara rakyat di Seri Setia dan tahu apa yang penting bagi mereka,” kata ahli perniagaan berusia 66 tahun itu kepada Bernama.

Pulevendre­n, yang telah menetap hampir 30 tahun di Seri Setia berkata masyarakat India, terutama yang tinggal di flat Desa Mentari, Desa Ria dan Lembah Subang, merasa diri mereka ‘ agak diabaikan’.

Perhatian khusus harus diberi untuk menyelesai­kan isu yang melanda komuniti kerana mereka juga adalah pengundi untuk kawasan itu, katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di Taman Sri Subang, Peter Chong, 66, berkata tidak mengapa sama ada calon adalah dari tempatan atau tidak selagi calon itu mempunyai usaha untuk mendekati rakyat.

“Kriteria penting bagi mana- mana calon adalah perlu mendengar denyut nadi dan keperluan rakyat dengan sentiasa menemui mereka. Kami tidak mahu calon yang hanya muncul apabila pilihan raya semakin hampir.

“Sekiranya wakil rakyat mempunyai beberapa komitmen lain dan benar-benar tidak dapat bertemu rakyat, kami mahu sekurang-kurangnya pembantu peribadiny­a datang dan berjumpa dengan kami.

“Sesiapa pun yang memenangi pilihan raya kecil harus berusaha lebih baik sambil meneruskan warisan wakil terdahulu, iaitu bekas ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad,” kata pesara sebuah syarikat swasta itu.

Antara isu yang membimbang­kan penduduk di Seri Setia adalah longkang tersumbat dan persekitar­an yang kotor, terutamany­a selepas pasar malam setiap Ahad.

Seorang lagi penduduk, Mansor Ibrahim, 63, dari Taman Sri Subang berkata lebih banyak program untuk semua masyarakat, seperti program muhibah yang mengumpulk­an semua kaum di bawah satu bumbung, diperlukan agar penduduk di sekitar saling mengenali.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada pihak berkuasa yang membantu menurunkan kadar jenayah di Taman Sri Subang PJS 10, Petaling Jaya, kerana ia pernah menjadi masalah utama penduduk.

PRK DUN Seri Setia akan diadakan pada 8 Sept berikutan kematian penyandang­nya, Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin daripada PKR, akibat kanser kolon pada 2 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum 9 Mei lepas, Shaharuddi­n memenangi kerusi itu dengan majoriti 19,372 undi, menewaskan tiga pencabar Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd Ghazali Daud (PAS dan) calon bebas Dr S.Vignes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Halimah (tengah) beramah mesra bersama penduduk setempat pada kempen PRK DUN Seri Setia di Pasar Tani Taman Medan, Peteling Jaya, semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Halimah (tengah) beramah mesra bersama penduduk setempat pada kempen PRK DUN Seri Setia di Pasar Tani Taman Medan, Peteling Jaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Tan (tengah) bersama ibu bapanya, Lee (kiri) dan Tan (kanan) melihat isi kandungan manifesto selepas Majlis Pelancaran Manifesto Calon MCA di Pusat Operasi MCA Balakong, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Tan (tengah) bersama ibu bapanya, Lee (kiri) dan Tan (kanan) melihat isi kandungan manifesto selepas Majlis Pelancaran Manifesto Calon MCA di Pusat Operasi MCA Balakong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia