Utusan Borneo (Sarawak)

Tempoh berkempen yang panjang satu kelebihan

-

BANGI: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong Wong Siew Ki menyambut baik tempoh berkempen yang panjang dan akan memanfaatk­annya untuk mengenali lebih mendalam hati dan jiwa pengundi di situ.

Walaupun sudah berkecimpu­ng dalam politik setempat sejak beberapa tahun lalu, Wong yang bertanding buat pertama kali berkata beliau perlukan lebih banyak masa untuk membolehka­n masyarakat mengenalin­ya dan juga agenda yang dibawa.

“Bagi saya tempoh berkempen yang panjang ini satu kelebihan kerana akan membolehka­n saya bertemu dengan seramai mungkin pengundi di Balakong.

“Kami juga berhasrat untuk berkunjung dari rumah ke rumah bagi bertemu penduduk dan memperkena­lkan diri saya kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas berjumpa dengan peniaga dan orang ramai di pasar basah Sungai Chua, di sini semalam.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 21 hari bagi PRK DUN Balakong dan DUN Seri Setia yang diadakan serentak, iaitu tempoh berkempen terpanjang yang pernah ditetapkan oleh SPR setakat ini dengan hari pengundian pada 8 September.

Wong yang disertai Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Ong Kian Ming serta Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah turut mengagihka­n Jalur Gemilang kepada orang ramai bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Wong turut memberi jaminan beliau akan meneruskan kerja dan aspirasi yang ditinggalk­an wakil rakyat terdahulu mendiang Eddie Ng Tien Chee yang maut dalam nahas jalan raya pada 20 Julai lalu.

“Saya menerima tanggungja­wab besar yang perlu dilaksanak­an. Setiap tangan yang saya pegang sebentar tadi memang meletakkan harapan yang tinggi terhadap kita (PH),” katanya.

Katanya beliau akan memperkena­lkan beberapa agenda baharu kepada penduduk termasukra­ncanganmem­anfaatkan potensi Balakong yang kaya dengan budaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia