Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan pastikan hubungan lebih baik dengan China: Dr Mahathir

-

BEIJING: Kuala Lumpur akan berusaha untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan Beijing kerana ini akan membawa manfaat bersama untuk kedua-dua pihak, kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tumpuan kepada pembanguna­n ekonomi berbanding konfrontas­i menjadi pilihan dalam hubungan antara Malaysia dan China.

Untuk itu, ahli perniagaan China dialu- alukan untuk melabur di Malaysia, katanya ketika berucap pada kira-kira 400 usahawan China dan pemimpin perniagaan di sini pada Ahad.

Dr Mahathir kini dalam lawatan rasmi lima hari ke China.

Dr Mahathir juga memberi gambaran jelas pendirian kerajaan baharu Malaysia berhubung pelaburan dari China.

“Kami tidak menentang mana-mana syarikat China, namun menentang rakyat Malaysia yang meminjam sejumlah besar wang untuk melaksanak­an projek yang tidak perlu,” katanya pada Forum Pemimpin Usahawan China.

Wujud kebimbanga­n bahawa isu sensitif membabitka­n beberapa projek China di Malaysia akan menjejaska­n hubungan baik antara keduadua negara sejak akhir-akhir ini.

Dr Mahathir berkata Malaysia sudah menjalin hubungan dengan China sejak hampir 2,000 tahun.

“Dagangan antara keduadua negara kini adalah yang terbesar berbanding negara lain di rantau ini,” katanya.

“Dulu China sangat miskin, namun kini China sudah kaya ... walaupun pada masa ia merupakan negara miskin, ia merupakan pasaran untuk Malaysia, dan apabila sudah kaya, kita berasakan China adalah pasaran yang besar,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata menerusi perdaganga­n dan pelaburan China di Malaysia, kedua-dua pihak akan dapat membangunk­an pasaran yang lebih besar untuk China.

“Justeru, wujud manfaat bersama dalam hubungan yang baik antara satu sama lain, menyelesai­kan masalah sesama kita, bukan menerusi konfrontas­i, sebaliknya menerusi rundingan, undang-undang.

“Inilah cara yang akan kita lakukan,” katanya dan menambah konfrontas­i tidak akan membantu membangunk­an ekonomi.

Perdana menteri berkata kedua-dua negara boleh saling melengkapi satu sama lain, terutama dalam bidang ekonomi, untuk manfaat rakyat masing-masing.

Dr Mahathir juga menyentuh mengenai bagaimana China membangun dan muncul sebagai pengeluar utama barangan dan perkhidmat­an untuk dunia.

Sambil menggesa masyarakat perniagaan China supaya melabur di Malaysia, beliau berkata tindakan mereka itu akan membantu Malaysia menjadi negara pengeluar daripada hanya sebagai negara pengguna.

Menjawab soalan daripada ahli perniagaan pada forum itu, perdana menteri menegaskan bahawa kerajaan baharu Malaysia di bawah kepimpinan­nya tidak membenarka­n rasuah dalam dalam perniagaan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan perniagaan China bahawa beliau sebelum ini terpaksa membuat pembayaran bagi menjalanka­n perniagaan di Malaysia.

“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan baharu tidak akan membenarka­n (perkara itu berterusan) berlaku,” katanya.

Kelab Usahawan China yang menganjurk­an acara itu dianggotai 60 usahawan terkemuka China dengan jumlah perolehan AS$600 bilion tahun lepas.

Pengasas bersama Alibaba, Jack Ma, yang juga pengerusi kelab, menjadi moderator forum berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia