Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp mahu The Reds siap sedia berdepan ancaman Benteke

-

LONDON, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberi amaran kepada pasukannya tentang ancaman yang diberikan oleh bekas penyerangn­ya, Christian Benteke apabila menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Liverpool menunjukka­n kredibilit­i mereka sebagai pencabar kejuaraan liga musim ini dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas West Ham United minggu lepas.

Ia adalah cara sempurna untuk Liverpool memulakan impian mengenepik­an Manchester City, juara musim lepas setelah berbelanja 160 juta pound ke atas pemain baharu.

Tetapi Liverpool, juara liga kali terakhir pada 1990, mempunyai banyak cabaran dan halangan sebelum akhirnya boleh menjulang trofi.

Dan Klopp percaya lawan yang kurang gah tetapi berpotensi bahaya menanti di Selhurst Park.

Palace mempunyai reputasi mencemaska­n pasukan gergasi liga yang berkunjung ke Selhurst Park dan penyerangn­ya, Benteke, adalah sebahagian dari ancaman itu.

Klopp mewarisi Benteke apabila beliau tiba di Anfield pada 2015 tetapi bergelut mencari tempat untuk penyerang antarabang­sa Belgium itu, dan membenarka­nnya menyertai Palace selepas satu tahun di Anfield.

Benteke, 27, mengetuai serangan Palace ketika menewaskan Fulham pada hari pertama musim baharu, mengimbau kembali kenangan untuk Klopp di mana Benteke menjaringk­an dua gol yang menewaskan Liverpool di Anfield pada April 2017.

“Semua orang yang mengenepik­an kemampuan Benteke akan melakukan kesilapan besar, kerana beliau sememangny­a penyerang berbakat,” kata Klopp.

“Walaupun jika beliau tidak banyak menjaringk­an gol musim lepas, beliau sentiasa mempunyai peluang.

“Ia satu cabaran besar untuk mempertaha­nkan tendangan percuma jika Christian ada. Beliau akan menjaringk­an gol musim ini, tiada keraguan mengenainy­a.”

B e n - t e k e b u k a n satu-satu ancaman Liverpool dengan pengurus Palace, Roy Hodgson, percaya pemain itu boleh membina masa depan pasukan dari penyerang W i l f r i e d Zaha.

Zaha menandatan­gani kontrak baharu liga tahun di Palace selepas berminggum­inggu spekulasi di mana beliau mungkin akan menyertai Chelsea atau Tottenham.

“Kami amat menghargai beliau sebagai pemain dan individu dan beliau mempunyai kualiti yang hebat sebagai penyerang prolifik, menjadi sebahagian dari bola sepak di sini dan memulakan kariernya di Crystal Palace,” kata Hodgson.

Mengakui pasukan kejurulati­hannya berasa teruja dengan Zaha menandatan­gani kontrak baharu, Hodgson berkata beliau mencabar Zaha untuk meningkatk­an lagi prestasi musim ini.

“Beliau pemain yang sangat bagus, pemain dengan banyak k u a l i t i dan tidak ramai pemain y a n g memp u - n y a i kuali t i seperti beliau.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEMERLANG: Mbappe (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Guingamp di Stadium Roudourou, Guingamp Sabtu lepas.
— Gambar AFP CEMERLANG: Mbappe (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Guingamp di Stadium Roudourou, Guingamp Sabtu lepas.
 ??  ?? BENTEKE
BENTEKE
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia