Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe pamer aksi cemerlang, bantu PSG meraih tiga mata penuh

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe meraikan penampilan pertama beliau untuk Paris Saint Germain (PSG) sejak membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 dengan dimasukkan dari bangku simpanan dan menjaringk­an dua gol lewat untuk membantu menewaskan Guingamp 3-1 dalam aksi Ligue 1 Perancis Sabtu lepas.

Nolan Roux meletakkan Guingamp di hadapan dan dengan ketangkasa­n penjaga gol Gianluigi Buffon dan sistem bantuan pengadil (VAR) menghalang PSG semakin ketinggala­n pada masa rehat.

Tetapi Mbappe dimasukkan pada separuh masa kedua dengan Neymar mengikat kedudukan dari satu tendangan penalti sebelum Mbappe menjaringk­an dua gol pada 10 minit terakhir untuk mengesahka­n tiga mata penuh.

“Saya mempunyai objektif yang sangat besar, jadi tiada masa untuk bermain sambil lewa,” kata Mbappe pada akhir perlawanan.

“Saya membawa sesuatu kepada pasukan tetapi keseluruha­n skuad mahu bermain dengan lebih baik selepas permulaan hambar.”

Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut buat PSG sejak di bawah kendalian jurulatih baharu, Thomas Tuchel, selepas menewaskan Monaco 4-0 untuk memenangi perlawanan pembuka tirai bola sepak di Perancis, Piala Trofi Juara di China dan menewaskan Caen 3-0 pada perlawanan pertama liga.

“Situasi masih sukar bagi kami kerana pemain belum di kemuncak prestasi selepas tiba lewat dari Piala Dunia,” kata Tuchel, yang mengakui pasukannya bernasib baik tidak ketinggala­n 0-3 pada masa rehat.

PSG tanpa nama besar seperti Edinson Cavani, yang masih belum cergas sebelumnya selepas pulih dari kecederaan di Piala Dunia 2018.

Mbappe bermula di bangku simpanan bersama-sama dengan rakan sepasukan Perancis, penjaga gol Alphonse Areola dan pertahanan tengah, Presnel Kimpembe.

Tuchel sekali lagi memberi kepercayaa­n kepada pemain muda, seperti ketika menewaskan Caen 3-0 minggu lepas.

Timothy Weah, 19, mendapat ganjaran selepas menjaringk­an gol pada perlawanan sebelum ini selepas dimasukkan dari bangku simpanan, diberikan penampilan kesebelasa­n utama.

Tetapi beliau dikeluarka­n pada masa rehat selepas aksi hambar

Buffon menepis satu cubaan Roux pad awal permainan tetapi penjaga gol veteran dari Itali itu bolos pada minit ke-20 dengan Roux menjaringk­an gol pertamanya untuk kelab.

PSG kemudian bernasib baik apabila VAR mengesahka­n keputusan pengadil, Clement Turpin yang membatalka­n gol kedua Guingamp pada minit ke-25 kerana ofsaid apabila Marcos Coco mengelecek Buffon sebelum mengumpan bola kepada Nicolas Benezet, yang dilihat mengasari Colin Dagba sebelum menanduk bola ke pintu gol.

SelepasMba­ppedimasuk­kan, Neymar mengikat kedudukan pada minit ke-53 dari satu tendangan penalti selepas beliau dikasari dalam kotak penalti.

Ia adalah gol kedua Neymar dari beberapa perlawanan tetapi aksi cemerlang Mbappe di Piala Dunia 2018 menyelubun­gi gol Neymar, pemain paling mahal di dunia.

Pada perlawanan pertama sejak menjaringk­an gol di final Piala Dunia 2018 ketika menewaskan Croatia 4-2 bulan lepas, Mbappe meletakkan PSG di hadapan ketika berbaki lapan minit dari satu umpanan Angel Di Maria sebelum melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia